Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Guys… Berhenti Pergi Gim, Six Packs Kini Dah Boleh Buat Di Klinik

Azwa Rahman
02/05/2019 10:28 MYT
Sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok Thailand menawarkan otot perut kekar bagi mereka yang tak mampu mendapatkannya.

Pembedahan ini dilaporkan tidak merbahaya ini menelan belanja sebanyak THB120,000 (RM14,312).

Mengambil masa selama empat ke enam jam, prosedur membuat otot perut ini dimulakan dengan menyedut lemak-lemak di sekitar abdomen dan seterusnya ‘mengukir’ otot pada pesakit.



Otot tiruan tersebut merupakan lemak yang telah dikeluarkan dan direndam dalam darah terlebih dahulu sebelum disambungkan pada pesakit.

Memetik temubual pakar bedah menerusi portal Coconuts Bangkok, “Hospital Masterpiece menerima hampir 20 ke 30 permohonan untuk pembedahan six packs dalam masa setahun.

90% daripadanya adalah daripada lelaki kaki gimnasium yang tidak mampu mencapai badan idaman mereka.

“Untuk mendapatkan otot perut yang asli, seseorang itu perlu bekerja-keras di ginmasium dan perlu menjaga makannya. Kebanyakan dari klien kami mempunyai otot cuma mereka tidak mahu terlalu lama menghabiskan masa di gim”, katanya lagi.

Salah seorang lelaki yang telah berjaya menjalani pembedahan ini adalah model Thailand, Ome Pangpaparn.
#Kecantikan #Gimnasium #Otot perut
;