Setiap orang memilih masa yang sesuai untuk memperkenalkan cahaya mata mereka, terutamanya para selebriti. Ada yang memilih tarikh atas sebab-sebab tertentu.

Begitu juga pelakon Shakilla Khoriri dan suaminya, penyampai radio Fizi Ali. Mereka hanya mahu berkongsi gambar cahaya mata sulung mereka hanya selepas 30 hari dilahirkan.

"Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. Hari ni @ameenasofia_ cukup 30 hari. 30 hari yang banyak mengajar aku jadi seorang perempuan yang sabar dan kuat.

"Perit, pedih dan segalanya aku telan untuk mengeluarkan Ameena. Rasa macam tak percaya setiap hari dan malam aku sekarang ada budak ni, " tulis Shakilla pada satu entri di Instagramnya.

Kata Shakilla, setiap kali dia merenung mata anaknya, bagaikan ingin menitiskan air mata bila teringat kali pertama Ameena menangis selepas dilahirkan.

"Rasa sebak dada bila hari tu aku dapat gelaran EMAK. Baru aku tahu kenapa Allah kata syurga anak2 ditelapak kaki Ibu. Betul lah.

Membesarlah dengan baik Ameena. Saya tahu awak ahli baru dalam hidup saya dengan Fizi yang akan buat hidup kitaorang lebih hebat dan Best," tulis Shakilla lagi.

Pada masa yang sama, Shakilla turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi ucap selamat sejak mengetahui dia mengandung, sehinggalah dia selamat melahirkan Ameena.

#?• . Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah. . Hari ni @ameenasofia_ cukup 30 hari. 30 hari yang banyak mengajar aku jadi seorang perempuan yang sabar dan kuat. . Perit,Pedih dan segalanya aku telan untuk mengeluarkan Ameena. Rasa macam tak percaya setiap hari dan malam aku sekarang ada budak ni. . Kadang lama aku tenung dalam2 mata dia. Hati aku tertanya. Budak ni 9 bulan dalam perut aku. Rasa nak menitik airmata bila setiap kali teringat kali pertama Ameena menangis lepas keluar dari perut. . Rasa sebak dada bila hari tu aku dapat gelaran EMAK. Baru aku tahu kenapa Allah kata syurga anak2 ditelapak kaki Ibu. Betul lah ? . . Membesarlah dengan baik Ameena. Saya tahu awak ahli baru dalam hidup saya dengan Fizi yang akan buat hidup kitaorang lebih hebat dan Best ? . . . Terima Kasih atas Doa dan ucapan dari semua pada saya dari saat tahu saya pregnant sampai ke saat nak melahirkan dan selama tempoh 30 hari saya dengan Ameena. Tak terbalas rasanya doa2 korang semua. . Semoga kita jadi seseorang yang baik buat seseorang yang kita sayang. Insyallah. . . . Guys, my daughter, NURUL AMEENA SOFIA. ❤️

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on


"Tak terbalas rasanya doa-doa korang semua. Semoga kita jadi seseorang yang baik buat seseorang yang kita sayang, Insyallah," ucap Shakilla.

"Guys, my daughter, NURUL AMEENA SOFIA."

Kredit Gambar: Instagram