Guys 'Tahan Nafsu' Dulu, KKM Kesan 18 Kluster Daripada Aktiviti Rentas Negeri

Asraf Aided
Januari 15, 2021 14:45 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 18 kluster wabak COVID-19 dikesan akibat aktiviti rentas negeri sejak 7 Disember lalu sehingga semalam, 14 Januari 2021.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi KKM hari ini.
Berdasarkan hantaran tersebut, KKM mendapati jumlah individu positif COVID-19 daripada 18 kluster itu adalah sebanyak 1,378 kes.
"18 kluster yang berpunca pergerakan rentas negeri dikesan sejak 7 Disember 2020 hingga 14 Januari 2021," tulisnya.
Dalam pada itu, pihak KKM turut menyenaraikan pecahan kluster itu dengan lebih spesifik mengikut negeri.
Berdasarkan senarai yang dikongsi, Kelantan mencatatkan 7 kluster, Pahang, Sarawak dan Perak masing-masing 3 kluster dan Terengganu sebanyak 2 kluster.

18 kluster yang berpunca pergerakan rentas negeri dikesan sejak 7 Dis 2020 - 14 Jan 2021. 1. Kelantan 7 kluster 2....

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, January 14, 2021
Orang ramai dinasihati untuk terus mengamalkan semua langkah pencegahan COVID-19, patuhi semua SOP, jaga penjarakan sosial dan kebersihan diri.
Semoga pandemik ini dapat ditangani bersama oleh semua rakyat Malaysia.
Kredit Foto : Astro AWANI
#KKM #Rentas Negeri #18 Kluster