GV 3: Bapa Jalani Pembedahan Semasa Persembahan, Azharina Sebak Menahan Tangisan

Ahmad Shah
November 8, 2016 12:15 MYT
Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Azharina Azhar sebak menahan tangisan ketika menyampaikan lagu Doa Buat Kekasih di konsert keempat GV 3 Ahad lalu.

Konsert keempat GV 3 yang bertemakan DuetVaganza menyaksikan Azharina berduet bersama bintang GV musim pertama, Haleeda.

Mengimbas semula persembahan Azharina di konsert keempat ketika juri tetap Datuk Khatijah Ibrahim memberikan komen, dia memberitahu yang lagu tersebut mengingatkan dirinya kepada ibu dan bapanya.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram Azharina, penyanyi lagu Seandainya itu meluahkan perasaannya.

“Abah, hanya Allah Taala tahu hati anakmu saat ini sedih sendiri berjauhkan darimu saat kau memerlukan AKU. “Doa Buat kekasih" semalam AKU dendangkan untukmu dengan jiwaku. Sebakku menahan tangis saat AKU tahu Abah berjuang nyawa dalam kehidupan. Doa AKU selalu untuk Abah sembuh dari jauh. I love you Abah. And I miss you so so much,” tulisnya.

Jangan lupa untuk saksikan Azharina dalam GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kelima GV 3 bakal membawa tema HitsVaganza dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

#GegarVaganza3 #Azharina Azhar