,
Gegar Vaganza All Star

GV10: “Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas” - Datuk Ramli MS Jawab Jadikan Naqiu Sebagai KPI

Mya Amri
25/09/2023
06:55 MYT
Juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS meletakkan persembahan konsert minggu pertama yang dibawa oleh Naqiu sebagai penanda aras buat bintang GV lain.
Menjelaskan perkara itu, Ramli berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10.
“Jika anda melihat pada Naqiu… Dia keluar seorang sahaja dan kontrol satu pentas. Dia memang ada stage present tu, karisma.
“Dengan cara dia menyanyi, seorang sahaja tapi dia mampu mengawal semuanya. Versi dia menyanyikan lagu Jac ini sangat-sangat berlainan.
“Energinya sangat tinggi, ini yang saya mahukan dalam GV10, memang saya cakap ini adalah KPI,” jelasnya.
Ramli berkata demikian pada sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Bagaimanapun Ramli tidak menolak sekiranya selepas ini Naqiu mungkin berdepan dengan tekanan kerana bintang lain bakal memberikan persembahan lebih baik untuk melintasi penanda aras yang diberikan.
“Tapi selepas ini memang dia ada sedikit beban, apa yang dia akan lakukan selepas ini? Sebab KPI dia sudah diletakkan sebagai penanda aras yang tinggi.
“Saya percaya mereka yang lain juga akan bangkit dan mengejar. Jadi itu akan memberikan sedikit beban pada Naqiu. Tapi saya suka sebab akan ada cabaran di situ,” katanya.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza ini dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar