Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza, Ezad Lazim menjadi peserta keempat diumumkan lolos melalui tiket Hot Seat untuk memberi saingan kepada para peserta dalam All Stars Gegar Vaganza.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 43, membawakan lagu Kembali Terjalin.

Persembahan bersahaja Ezad mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang memenui Auditorium MBSA Shah Alam.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.