Konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV10) ternyata membuatkan ramai yang tergamam.

Tidak hanya persembahan mantap diberikan oleh kesembilan juara tetapi juga pengumuman enam bintang hot seat GV10 yang membuatkan netizen tidak senang duduk.

Enam nama tersebut adalah Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.

Minggu ini juga menyaksikan Naqiu berjaya menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 80.75%.

Bagaimanapun Naqiu menjadi antara bintang terhangat apabila juri tetap, Datuk Ramli Ms menjadikan persembahan juara GV6 ini sebagai benchmark atau KPI buat bintang lain.

Berikut merupakan recap minggu pertama GV10:

1. Naqiu - Di Bawah Pohon Asmara (80.75%)


Hetty Koes Endang: “Pertahankan! Babak pertama ini memang juri mahukan bintang-bintang enjoy. Next hati-hati, pesertanya semua bagus. Naqiu sukses!”

Datuk Ramli Ms: “Hari ini dia lagi bagus,”


2. Liza Hanim - Jangan Kau Mimpi (hot seat: 79.00%)


Hetty Koes Endang: “Lagunya up beat memerlukan energinya yang lebih dan kamu dapat. Jadi hati hati disaat masuk ke mellow, kena ada perbedaan,”


3. Jaclyn Victor - Janji Manismu (71.75%)


Datuk Ramli Ms: “Satu lirik tu Michael Jackson jalan terbalik (salah lirik). Anyway, sekurang-kurangnya awak masih ada your own KPI. Untuk next week, you have to be more magic,”


4. Nikki Palikat - bertakhta Di Hati (hot seat: 71.25%)


Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka, saya rasa persembahan ini cantik macam Nikki malam ni. Berbeza dengan apa yang awak buat sebelum ini. Sebutan jelas, saya rasa apa yang awak sampaikan, cuma awak boleh tekan minyak lebih sikit. Saya rasa awak macam lambat nak panas. Secara keseluruhan persembahan awak steady,”


5. Hady Mirza - Segalanya Ku Terima (70.00%)


Datuk Syafinaz Selamat: “Saya suka persembahan awak cuma saya rasa bukan jenis lagu yang awak biasa nyanyikan. Secara keseluruhan tak ada masalah, kena jaga pitch rendah. Persembahan yang menghiburkan,”


6. Noryn Aziz - Ikut Rentakku (68.75%)


Hetty Koes Endang: “Wow! Tembakan yang mantap sekali, semua bagus. Cuma menurut bunda ada yang mengganggu. Ini lagu up beat, sepatu awak mungkin mengganggu. Sepatu tinggi, penari sudah meriah tetapi kamu kurang. Tidak cukup ekspresi, semuanya bagus hanya gerakan sahaja,”


7. Ezad Lazim - Kembali Terjalin (hot seat: 65.50%)


Datuk Ramli Ms: “Ezad tahniah, kamu bila saya dengar kamu sangat komersial. Walaupun kamu menyanyi lagu leman, tapi ini good business. No wonder orang undi untuk awak,”


8. Aliff Aziz - Wanita Seluruh Dunia (64.00%)


Datuk Syafinaz Selamat: “Alif ada karisma on stage tapi setiap penyanyi ada kekurangan dan anda kena tahu dan cuba baiki. Untuk persembahan ini enjoy cuma jaga phrasing, jaga stamina sebab hujung rasa kurang sikit. Kejutkan kami dengan sesuatu yang baru setiap minggu. Good luck,”


9. Tomok - Kata (hot seat: 63.25%)


Datuk Ramli Ms: “Tahniah Tomok. Awak ada nyawa yang kedua, awak sangat happy bila masuk. Jadi awak tahu apa yang datang, dengan siapa awak bertanding,”

Hetty Koes Endang: “Stage perfomance awak memang nombor satu tetapi pertandingan tetap pertandingan. Apa yang juri inginkan harus kamu penuhi,”


10. Zamani - Langkah Seiringan (hot seat: 61.25%)


Hetty Koes Endang: “Kalau bunda perhatikan orang lama berbeza menyanyi dengan orang baru. Tak dengar bunyi tarik nafas. Teknik kamu memang teknik orang lama. Zamani jaga kesihatan, mudah mudahan berjaya,”


11. Azharina - Angkara (59.75%)


Hetty Koes Endang: “Bagus nyanyi dari awal smpai korud tapi dalam menyanyi harus ada dinamik jangan force. Bagus tapi harus bercerita. Tapi untuk malam ini enjoy. Sukses, jaga kesihatan,”


12. Suki Low - Hanya Di Mercu (hot seat: 58.50%)


Datuk Syafinaz Selamat: “Kita boleh nampak yang hotspot ni memang nampaknya sangat mantap nyanyiannya. Jadi piawaian pertandingan ini sangat tinggi. Persembahan Suki baik, support your body, dont use to much on your troat sebab nak guna sampai ke final. See you in final. Insya-Allah,”


13. Ayai Ilusi - Cinta Beralih Arah (55.50%)


Hetty Koes Endang: Menurut bunda kamu layak jadi juara di GV1 cuma hanya sedikit saranan iaitu tempo. Sukses buat kamu,”


14. Siti Nordiana - Beribu Sesalan (54.00%)


Syafinaz Selamat: “Suara sedap lembut je, cuma nasihat saya setiap lagu ada karakter tersendiri, kadang kala perlu injek power, main dengan power dan warna suara. Persembahan tadi sangat mengasyikkan, jaga nada rendah dan habiskan frasa frasa yang Nana nyanyikan,”


15. Datuk Aishah - Gemilang (51.25%)


Datuk Ramli Ms: “Berbeza sangat berbeza, sekarang tenaga dan okay. Saya jumpa minggu depan kalau ada lagi,”


16. Cliff Umar - Sayang Sayang (50.50%)


Datuk Ramli Ms: “Saya dah tengok semua perfomance, ambil Naqiu as reference, itu adalah KPI. Kalau nak setara pun okay tapi kalau ke depan lagi bagus. KPI kena macam Naqiu,”

All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9)

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.