Gegar Vaganza All Star

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu

gempak
Mya Amri
24/09/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Siti Nordiana pulang ke kampungnya yang bertempat di Sendayan, Negeri Sembilan untuk bertemu ibunya.
Kepulangan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu adalah untuk mendapatkan restu ibunya sebelum memulakan pertandingan GV10 pada Ahad.
“Nak minta restu daripada mak, masuk GV10 ini macam-macam perasaan ada, jadi saya perlukan mak saya.
“Semua saya dah cuba, dah berlatih. Akhir sekali saya perlukan restu mak untuk saya bertanding sekali lagi dekat GV10,” ujarnya menerusi video pendek yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Nana juga turut meluahkan rasa sedih apabila arwah bapanya, Alias Ahmad tidak dapat menyaksikan dirinya bertanding sekali lagi di pentas GV.
“Cuma saya rasa sedih sedikit tahun ini sebab ayah tak dapat tengok Nana masuk GV10.
“Nana rasa macam sedihlah… Insya-Allah saya cuba berikan yang terbaik,” katanya.
Nana yang merupakan juara GV2 bersama sembilan juara lain akan berentap kembali di pentas GV pada Ahad.
Selain Nana, All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Azharina (GV3), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
BACA: Juara Vs Juara! Senarai Penuh 10 Bintang All Stars Gegar Vaganza
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024