Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GV10: Suki Low Tepati Ramalan Masuk All Stars Gegar Vaganza Melalui Hot Seat

Maliah Surip
24/09/2023 14:06 MYT
Menepati ramalan ramai, Suki Low diumumkan ikut berentap dalam All Stars Gegar Vaganza (GV) bersama 10 peserta sedia ada menerusi tiket Hot Seat.

Penyertaan Suki yang mendendangkan lagu Hanya Di Mercu tersebut menambah sengit All Stars Gegar Vaganza kerana diketahui memiliki vokal yang cukup mantap.

Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 32 adalah peserta dari GV musik kelapan. Dia menjadi peserta kedua selepas Tomok diumumkan ikut bersaing dalam program realiti yang menyambut ulang tahun ke-10 mereka.

Peserta All Stars Gegar Vaganza merupakan bekas juara daripada musim sebelum ini. Mereka adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Suki Low #GV10 #All Stars Gegar Vaganza