Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

GV11: “Bila Menyanyi Saya Akan Selalu Menangis” – Ada Sebab Dadali Dyrga Sering Pakai Kaca Mata Ketika Buat Persembahan

Ainun 29/11/2024 | 21:55 MYT

Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11), Dadali Dyrga mempunyai alasan tersendiri sering memakai kaca mata hitam ketika melakukan persembahan di atas pentas.

Saya hanya bergurau

Menurut Dadali, ketika disoal mengenai perkara tersebut oleh juri tetap GV11, Datuk Syafinaz Selamat, jawapan yang diberikan ketika itu hanyalah gurauan

“Sebenarnya saya hanya bergurau sahaja dengan Datuk Syafinaz. Sejujurnya, bila saya menyanyi, saya akan selalu menangis.

“Saya ini lelaki, jadi saya tidak boleh menangis disebabkan itulah saya selalu memakai kaca mata hitam,” katanya.
Jelasnya lagi, ketika menyanyikan lagu sedih, dia akan menghayati watak dalam lagu tersebut dan menganggapnya sebagai satu cabaran untuk menyampaikannya dengan penuh emosi.
“Saya menyanyi bukan seperti menyanyi biasa. Saya menyanyi seperti seseorang yang pernah mengalami kejadian itu.
“Saya mempunyai perwatakan yang lebih ke arah kesedihan jadi perkara yang paling sukar untuk saya lalui itu adalah ketika menyanyikan lagu sedih. Itu adalah cabaran buat diri saya,” ujarnya.
SAKSIKAN VIDEO PENUH TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN OLEH GEMPAK
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetapi iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli MS.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksible.
Daftar sekarang untuk tawaran masa aterhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/ sebulan serta pemasangan percuma.* Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat.
Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

#Menangis #Dadali #Pakai #Mata #Hitam #Sebab #Dyrga #Gegar Vanganza 11 #Kaca
;