Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

GV11: “Tengok Muka Sendiri Dekat Tv Berkilat-Kilat Banjir…” - Respek! Sheila Abdul Tak Malu Mengaku Ada Masalah Kuat Berpeluh

Mya Amri 27/11/2024 | 01:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Shiela Abdul mempunyai masalah kuat berpeluh.

Masalah berpeluh tak ganggu fokus

Bagaimanapun kata Sheila, masalah itu tidaklah sampai menganggu fokus dirinya untuk membuat persembahan di pentas GV11.
“Tak tahulah macam basah betul, orang kata macam main bola pula di atas pentas tu, menari pun sikit sahaja. Sekarang baru temu bual sekejap pun saya sudah berpeluh sangat.

“Mungkin baju ke atau rambut ke saya pun tak tahulah. Tapi rasanya tidak sebab saya memang kuat berpeluh.

“Walaupun saya sedang duduk, tangan akan tetap basah, macam sekarang ini pun sudah basah, berkilat-kilat. Memang kuat berpeluh.
“Nak kata mengganggu fokus tu tidak tapi mengganggu dari segi rasa tak selesa tu iya betul.
“Setelah minggu pertama tengok muka sendiri dekat televisyen berkilat-kilat, banjir macam teruk betul berpeluhnya,” katanya kepada Gempak.

Tak sangka dapat komen bunda

Mengulas mengenai persembahannya, Shiela berkata dia sendiri tidak menjangkakan akan menerima komen daripada juri tetap, Hetty Koes Endang.

“Selepas saya habis menyanyi saya tak sangka siapa yang akan komen untuk kita jadi bila dapat bunda Hetty sebenarnya saya menantikannya juga.

“Sebab bunda kalau beri penerangan dia siap nak buat contoh tapi kali ini dia pula yang suruh kita buat.
“Tapi nasib baik semua okay dan bunda juga gembira, jadi alhamdulillah dapat komen positif.
“Sejujurnya saya gugup bila nak dengar apa yang dia cakap tapi bila dia beri komen saya rasa best. Rasa macam kita masih belum cukup sampai ke tahap yang betul-betul bagus jadi kalau dia dah puji tu, syukur,” ujarnya.
Terdahulu, Shiela menjadi perhatian netizen di media sosial yang mendakwa wajah Shiela kelihatan tidak selesa selepas membuat persembahan disebabkan terlalu banyak berpeluh.
Untuk info, minggu pertama menyaksikan Liza Aziz berjaya menduduki tangga pertama dengan markah 77.50 peratus diikuti Dyrga Dadali (67.50%) dan Fairuz Selamat (67.00%).
Sementara itu, Illa Sabry hampir tersingkir apabila menduduki tangga terbawah dengan markah 52.75 peratus.
Namun Illa terselamat apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu pertama dalam segmen ‘Ada Lagu, Ada Lagi’.
Untuk minggu kedua, peserta dicabar dengan tema Sama-Sama Naik dimana peserta harus menyanyikan lagu rakan-rakan industri pada zaman mereka.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), setiap Ahad, jam 9 malam.
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
#Sheila Abdul #Berpeluh #GV11 #Kuat Berpeluh
;