,
Hiburan

GV11:Inka Christie Tak Mahu Bergelek Jika Dapat Lagu Dangdut - "Semua Itu Sudah..."

Ernalisa
11/11/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan bintang Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) dari Indonesia, Inka Christie tidak akan bergelek sakan sekiranya diberikan lagu irama dangdut dalam salah satu minggu pertandingan.

BERITA BERKAITAN: Gara-Gara Cowok Ini, Inka Christie Pede Bawakan Ulang Lagu Isabella

BERITA BERKAITAN: Sang Suami, Sandiego Africo Buka Rahasia Pertemuan dan Proses Cinta Bersama Inka Christie

BERITA BERKAITAN: Pendam Cinta 9 Tahun, Allah Peluk Doa Inka Christie Nikahi Sandiego Africo

BERITA BERKAITAN: Inka Christie Ucap Syukur Usai Sandang Status Istri di Usia 44 Tahun

Menurutnya, hal berkenaan juga telah dimaklumkan kepada pihak pengurusannya namun akan melakukan sehabis baik dan termampu untuk dirinya dalam GV11.
"Saya faham dalam GV ini semua peserta perlu membawakan irama lagu yang pelbagai.

"Jadi saya juga telah bersedia jika diminta berdangdut. Cumanya saya tidak akan terlalu bergoyang. Tidak mahu keterlaluan.

"Namun aslinya saya akan buat sehabis baik. Soal goyang itu, tidak boleh berlebihan," katanya sambil tersenyum.
Kata penyanyi ini lagi, sejak menerima tawaran GV11, dia mula merasa Malaysia sebagai rumah keduanya.

"Malaysia ini saya rasa menjadi jiwa kedua saya. Sering sahaja saya ulang alik ke sini (Malaysia). Rasa macam tak ada apa-apa pun. Sudah makin terbiasa," ringkas Inka.

Rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, Gegar Vaganza (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya.
Kali ini, Astro menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik, sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu.
Antara barisan artis yang bakal berentap pada GV11 kali ini ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Sheila Abdul, Arrora Salwa dan Zehra Zambri.
Selain itu ia menyaksikan penglibatan lagenda dari Indonesia selain Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertorial

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati, Ini 5 Tips Pencegahan Tulang Rapuh!

gempak
22/11/2024
10:25 MYT
Pernah atau tidak, anda semua merasai sakit di bahagian tulang atau sendi? Jika pernah, itu adalah tanda-tanda awal mengalami masalah tulang rapuh.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Filem

Peminat Malaysia, Indonesia Tak Sabar Untuk Tonton Dongeng Sang Kancil - "Ini Tayangannya Di Malaysia Sahaja Atau Di Indo Juga"

gempak
18/11/2024
05:17 MYT
Baru sahaja tengok tayangan trailer, namun peminat sudah tidak sabar untuk saksikan filem animasi, Dongeng Sang Kancil.
Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

gempak
15/11/2024
02:25 MYT
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
Hiburan

“Bukan Nak Riyak Tapi…” - Fazura Akui Lebih Tenang Selepas Sebulan Bercerai Dengan Fattah Amin

gempak
13/11/2024
07:25 MYT
Pelakon Fazura memaklumkan bahawa keadannya lebih tenang selepas sebulan bercerai dengan aktor Fattah Amin.
Unitar