Enam bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) mempamerkan persembahan terakhir penuh bertenaga pada konsert akhir GV2019.

Naqiu Boboy dan Hady Mirza berkongsi kedudukan pertama sebagai juara GV2019 menewaskan empat peserta lain.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah, pakej ubai suai ruang tamu dan ruang makan, pakej penginapan berserta trofi.



Jatt Ali menduduki tempat ketiga, Nurfatima meraih tangga keempat manakala One Nation Emcees dan Sham Visa berpuas hati dengan tempat kelima dan keenam.

Tugasan battle mereka memukau juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan Datuk Rizalman Ibrahim.

Hady Mirza meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang penapis air beralkali ringan bernilai RM4,800

Penyanyi veteran Zaleha Hamid telah diumumkan sebagai penerima sumbangan Astro dan Farm Fresh Kongsi Rezeki.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Naqiu Boboy - (87%)


Datuk Ramli MS: Saya tunggu battle round.

Hetty Koes Endang: Memang kita kalau nyanyi lagu mellow, isi cerita kita baca pasti tersentuh. Apa penjiwaan kamu malam ini sampai kepada bonda. Bonda faham sebetulnya lagu ini kamu meneran tapi bonda faham lagu ini ditujukan pada ibu. Malam ini kamu mampu kawal. Konsisten dari awal sampai akhir. Menurut bonda kamulah yang terbaik.

1. Hady Mirza - (87%)


Datuk Ramli MS: So good! Tapi tunggu battle nanti.

Hetty Koes Endang: Bahagia sekali keenam peserta malam ini bagus-bagus. Tapi racunnya adalah di lirik dan kamu berhasil. Komposer lagu ini sudah bayangkan akan menjadi begini dan Hady Mirza sudah menyanyikan lagu ini menurut saya top.

Datuk Rizalman Ibrahim: Gila! Inilah contoh kalau nak guna penari, penari macam ini lah yang saya nak tengok. Penari yang bersama penyanyi adalah persembahan yang begitu memukau. Hady duduk melutut, tak sia-sia saya jadi juri konsert akhir. Best!

3. Jatt Ali - (76%)


Datuk Ramli MS: Aku baru dengar inilah suara original kamu. Sebelum ni plastik sikit. Tuhan bagi suara yang cantik. Feel cantik, suara original, selalunya bertahan.

Hetty Koes Endang: Memang lagu yang menentukan persembahan akhir, lagu bagus, kita makan! Malam ini kamu keluarkan senjata-senjata kamu. Super! Aman sekali.

4. Nurfatima - (68%)


Datuk Rizalman Ibrahim: Mungkin Fatima tak percaya tapi sebenarnya saya rasa Fatima selayaknya berada di final. Menurut saya, vokal Fatima malam ni lepas. Kalau saya nak sentuh benda lain, dah perfect. Walaupun dinyanyikan oleh Yantzen, Fatima nyanyikan satu persatu dengan power. Dengan set, baju yang ada elemen, cukup membuka satu persembahan pembukaan bertenaga.

Hetty Koes Endang: Memang malam grand final, jangan kalian sia-siakan 3 minit. Nurfatima cara nyanyian sampai tetapi ada lirik yang salah, jangan kau hancurkan atau dihancurkan, tidak jauh. Masih bisa dimaafkan.

5. One Nation Emcees - (67%)


Datuk Rizalman Ibrahim: Saya tak berkesempatan mengkritik ketika konsert hari itu. Daripada pemerhatian, One Nation Emcees adalah kumpulan yang begitu berdedikasi. Itu elemen paling penting apabila kita berkumpulan. Inilah persembahan final paling saya nantikan. Itulah bertaraf final. Pujian pada Mimi, dia adalah seorang yang begitu berkarakter. Setiap minggu Mimi masuk dalam karakter. Ciri-ciri tu sampai ke final, syabas. Mereka makan lagu ni. Tapi yang kenyang adalah saya dan penonton.

Datuk Ramli MS: Dia okay, rap number one. Anyway, untuk lagu next lebih relaks. Chill and enjoy the song.

Hetty Koes Endang: Pokoknya kalian sudah masuk grand final, kalian sudah jadi juara pada kira. Berdoa sahaja.

6. Sham Visa - (65%)


Hetty Koes Endang: Alhamdulillah sampai juga kamu ke final. Memang dari awal lagu yang kamu nyanyikan tepat dgn warna vokal. Sebetulnya tiada kesalahan cuma ada sedikit projection dan artikulasi tidak jelas. Apa kamu tidak hafal atau ragu? Lirik demi lirik itu penting. Grand final tidak boleh salah lirik.

Datuk Rizalman Ibrahim: Sebenarnya saya suka penampilan Sham minggu ini sebab yang dulu Sham selalu pakai jaket brocade. Hari ini Sham nampak relaks, muda dan fresh.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Produk yogurt Farm Fresh Malaysia kaya dengan Kalsium, protien, potassium, phosphorus dan vitamin D yang baik untuk kekuatan tulang dan boleh mengelakkan masalah osteoporosis.