Gegar Vaganza 6

GV2019: Giliran One Nation Emcees Jadi Juara, Lapan Bintang Kekal Ke Konsert Separuh Akhir!

Azwa Rahman
08/12/2019
18:55 MYT
Lapan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menunjukkan peningkatan yang membanggakan menjelang konsert separuh akhir minggu hadapan.
Dengan tema suara komposer, bintang-bintang GV2019 diberi cabaran menyanyikan lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer-komposer terhebat tanah air.
Mengejutkan apabila kesemua lapan bintang GV2019 diumumkan mara ke konsert separuh akhir apabila pihak produksi memutuskan tiada penyingkiran.
One Nation Emcees memecah dominasi kumpulan apabila mendapat kedudukan pertama dengan 80 peratus menerusi lagu Hati Emas nyanyian asal Datuk M. Nasir.
Hady Mirza membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rosyam Nor dan komposer Manan Ngah terpaku dengan persembahan bertenaga Taman Rasyidah Utama.
Nurfatima dan Noorshila Amin berada di tangga ke 5 dan 6, berkongsi markah yang sama sebanyak 58 peratus.
Manakala Sham Visa dan Wann berada di dua kedudukan paling bawah dengan 57 dan 56 peratus.
Artis Cili Padi Paling Power pada minggu ini menjadi milik One Nation Emcees. Mereka membawa pulang hadiah istimewa wang tunai RM3,000 dan bekalan produk Adabi selama dua bulan bernilai RM500.
Manakala Sham Visa meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang penapis air beralkali ringan bernilai RM4,200.
Isteri kepada allahyarham Datuk Nassier Wahab, Datin Fatimah Abd Rauf telah diumumkan sebagai penerima sumbangan Astro dan Farm Fresh Kongsi Rezeki.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. One Nation Emcees - Hati Emas (80%)
Datuk Rosyam Nor: Ini suku akhir ke final? One Nation Emcees, korang memang gila. Saya tak boleh fikir lagu ni korang boleh buat macam ni. Inilah penghibur. Saya tak tahu nak cakap apa, korang memang saya tabik.
Manan Ngah: Nature lagu ni bersahaja, ekspresi kamu pun bersahaja tapi kamu bijak jadikan harmoni. Saya ingat malam ni final, kamu dah macam juara.
2. Hady Mirza - Taman Rashidah Utama (76%)
Datuk Ramli MS: Pecah mikrofon tu kamu nyanyi.
Hetty Koes Endang: Setiap penampilan kamu sering buat sesuatu yang baru. Kamu seorang yang profesional. Tetap jangan sombong, sentiasa hargai fans. Selamat buat kamu. Saat di tengah, tembakannya!
3. Naqiu Boboy - Tinting (70%)
Manan Ngah: Pada saya melodi berunsur tradisional, but tricky. Overall generasi baru yang menyanyikan lagu ni, satu benda yang positif. Cuma pitching ada sikit, ada gangguan. Insya-allah awak boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya.
Datuk Ramli MS: Saya kira kamu overtime. Kamu suka mencuba sesuatu dalam pertandingan. This is good. Dia akan buat kamu berubah. Cuma percubaan tu ada pitch, ada flat. Tapi tak kisah. Kedudukan terkawal.
4. Jatt Ali - Mimpi Laila (69%)
Hetty Koes Endang: Ini malam semua peserta stress ya? Nada kawalan kamu awal sampai akhir mantap, steady. Ekspresi kamu stress. Inilah dia challenge buat kamu. Menurut bonda malam ni kamu berhasil. Ada sedikit sahaja di belakangnya. Waktu interlude perlu menari sikit, jangan bonda sahaja yang menari di sini. Menurut bonda malam ini kamu berhasil.
5. Nurfatima - Jangan Lafazkan (58%)
Manan Ngah: Terus terang saya rasa Nurfatima lebih baik minggu ini berbanding minggu sebelumnya. Saya boleh rasa kadang bila bertanding, kita tak kisah menang atau tidak. Saya nampak ekspresi awak natural. Awak beri sesuatu yang positif pada persembahan.
6. Noorshila Amin - Ahai Usahlah (58%)
Hetty Koes Endang: Kalau menurut bonda, kamu bawa lagu sendiri memang aman, tapi risikonya ada iaitu beza nyanyi masa muda dengan sekarang. Dari segi nafas, power, feel juga berbeza. Bonda dengar, dulu masih ringan. Tadi pada awalnya seperti kurang santai. Kamu harus bawa dengan santai. Ekspresi kumu seperti stress. Hujungnya sudah okay. Menurut bonda, nyanyi lagu orang lain lebih beri cabaran.
7. Sham Visa - Dari Sinar Mata (57%)
Datuk Rosyam Nor: Lagu ini memerlukan penghayatan yang hebat. Kisah cinta datang dari mata turun ke hati. Dengan tidak diiringi penari di belakang, anda dah buat yang terbaik. Kalau penghayatan lebih dalam dengan lirik lagu, dia akan lebih menyerlah. Bagi saya, siapa pun penyanyinya, mesti faham yang lirik memainkan peranan besar. Apa pun tahniah untuk Sham.
8. Wann - Hitam Putih Kehidupan (56%)
Datuk Ramli MS: Pelik, banyak off kat depan. Jiwa ada tapi lagu ni bukan lagu konsert, lagu ni lebih mass kepada radio. Lagu ni agak susah untuk konsert sebab tiada tenaga. Bagus kamu tukar lagu ni cuma penyampaian tu kurang.
Hetty Koes Endang: Saya rasa ada lagu yang kita perlu nyanyi berat, ada yang perlu nyanyi relaks, ada yang berat. Lagu ni tak patut nyanyi dengan berat. Wan nyanyi berat, patut lebih santai. Pada akhirnya fokus kamu hilang, banyak sekali yang flat. Bonda senang kamu pegang mikrofon sudah berubah.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
Produk yogurt Farm Fresh Malaysia kaya dengan Kalsium, protien, potassium, phosphorus dan vitamin D yang baik untuk kekuatan tulang dan boleh mengelakkan masalah osteoporosis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

gempak
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.  Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:  Dian Kehilangan Anak Kehil
Terkini

Recap i.D Episod 7: Aidi Zabran/Tengku Remy Diburu Polis!

gempak
12/04/2024
07:00 MYT
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi sebelum siri drama premium terbitan Astro Shaw, i.D Swipe, Steal, Love ini bakal melabuhkan tirainya.
Hiburan

Khunsa: Sherry Ketuk Kepala Azhan Rani Pakai Senduk Kayu, Suami Jadi Bodoh Kena Sihir!

gempak
25/03/2024
04:25 MYT
Babak Sherry Alhadad ketuk kepala Azhan Rani dan tonyoh nasi dalam mulut pelakon lelaki itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.