Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) One Nation Emcees (ONE) menjelaskan aksi berpelukan Sabhi dan Mimi di atas pentas semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi berpunca daripada pergaduhan.

Menurut Sabhi, perkara ini bermula apabila ada perselisihan faham yang menyebabkan dia dan Mimi tidak bertegur sapa selama dua hari bermula hari Rabu.

“Masa saya peluk Mimi tu, saya berterima kasih dan meminta maaf atas kesilapan saya.

“Saya agak beremosi tadi, saya tahu kesilapan saya sebagai pasukan dan saya tak boleh buat macam ni. Sebelum buat persembahan pun saya menangis sebab saya sangat hargai setiap ahli ONE.

“Jojo dan Kozaelah yang memainkan peranan untuk menyatukan Sabhi dan Mimi kembali berbaik,” jelas Sabhi Kepada Gempak.

Bagi Mimi pula, dia yang selama ini menjadi pengawal kepada ONE tahu kekuatan Sabhi adalah pada lagu balada.

“Hari Selasa Sabhi beritahu dia nak kawal lagu ni, saya beri walaupun pada awalnya risau. Keputusan ini tidak mudah bagi saya. Sampailah hari Jumaat, Tokram juga ada membantu meleraikan pergaduhan kami ni,” jelas Mimi.

One Nation Emcees ditemui selepas membuat persembahan pada konsert ketujuh GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Jelas Sabhi lagi, dia tidak menyangka mendapat pujian daripada ketua juri, Datuk Ramli MS yang menyatakan inilah vokal terbaiknya sepanjang berada di GV2019.

“Alhamdulillah tapi tak mungkin saya boleh buat tanpa adanya bantuan daripada Mimi, Jojo dan Kozae.

“Sebab masa mula-mula dapat lagu Bila Rindu, saya dah berazam nak buat lagu ni betul-betul dan ONE berikan saya peluang. Inilah masanya kami nak buktikan pada barisan juri yang kami bukan setakat penghibur tetapi kami juga boleh menyanyi,” jelasnya lagi.

Jangan lupa saksikan konsert kelapan GV2019 pada hari Ahad ini 1 Disember 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.