Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Ameer Sofazr melahirkan rasa syukur apabila namanya terpanggil sebagai bintang ke-12 yang akan mara ke konsert minggu ketiga.
Hampir tersingkir, Ameer reda apabila menerima kritikan daripada juri tetap Datuk Ramli MS yang mengatakan persembahannya menerusi lagu sendiri, Dan Bila Esok agak teruk.
"Kalau ikut pada komen Tok Ram tadi, memang ada kesilapan yang saya tak patut buat. Saya bersetuju dengan komen ‘agak teruk’ yang diberikan.
“Selepas selesai, saya tonton balik persembahan memang betul ada vokal saya yang tak stabil. Apa sahaja komen yang diberikan, saya akan perbaiki untuk konsert minggu depan,” ujar Ameer kepada Gempak.
Ameer ditemui seusai konsert minggu kedua GV2019 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.
Bakal menyanyikan lagu Samrah Mentari nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah pada minggu ketiga GV2019, Ameer akan cuba untuk tampilkan kelainan.
“Terdahulu saya pernah bawa lagu-lagu berentak irama Malaysia tetapi lagu ini agak susah.
"Berbeza dengan genre saya, Insya-Allah saya akan cuba menari ikut penari-penari supaya tidak kekok di atas pentas. Saya akan berikan yang terbaik,” tambah Ameer lagi.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
Produk yogurt tanpa gula Farm Fresh Malaysia membantu meningkatkan kolestrol baik dan merendahkan tekanan darah.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Azwa Rahman
Sun Oct 20 2019
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.