Sedar tak sedar, program Gegar Vaganza 2019 (GV2019) bakal melabuhkan tirainya menerusi konsert final yang berlangsung Ahad ini.

Seramai enam finalis yang akan berentap, penonton bakal menyaksikan lontaran vokal bintang-bintang GV2019 yang akan menyampaikan lagu-lagu hebat.

Jika anda sudah bersedia, jom kita semak semula senarai lagu minggu final konsert GV2019.

1.Naqiu Boboy - Srikandi Cintaku



2. One Nation Emcees - Melompat Lebih Tinggi



3. Hady Mirza - Ku Bersuara



4. Jatt - Without You



5. Nurfatima - Insan

6. Sham Visa - Haruskah Diuji

Selain lagu solo, keenam-enam mereka juga akan bertarung dalam pusingan 'battle'.

Terdapat tiga lagu yang tersenarai termasuklah Haa Tepuk, In The End dan Angguk-Angguk Geleng-Geleng.

Untuk melihat sejauh mana hebatnya finalis ini beraksi, jangan lupa saksikan GV6 pada hari Ahad ini 1 Disember 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Jika anda terlepas menonton konsert GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.