Konsert minggu kedua menyaksikan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) mempersembahkan lagu cari makan (CarMa) atau lagu yang biasa mereka nyanyikan pada persembahan-persembahan terdahulu.

Di minggu ketiga yang bakal berlangsung Ahad ini, lagu-lagu yang diterima bertemakan ‘yang aneh-aneh’.

Menerusi tema ini, bintang GV2019 bakal mempersembahkan lagu yang mereka tidak pernah sesekali terfikir untuk dinyanyikan sebelum ini.

Tidak ada lagi bintang yang selesa membawakan lagu sendiri, setiap lagu ini pasti memberikan cabaran yang tersendiri.

Memetik kata juri tetap Datuk Ramli MS semasa persembahan One Nation Emcees minggu lalu, dia tidak sabar melihat kumpulan itu membawa lagu yang di luar kebiasaan mereka.

"Saya suka kolaborasi kumpulan menari, menyanyi, sangat bertenaga. Tapi ini lagu sendiri, saya nak tunggu minggu depan,” ujar Tok Ram sewaktu memberikan komen.

Tak sabar menantikan cabaran bakal bermula menyanyi lagu di luar zon selesa, jom semak semula senarai lagu minggu ketiga konsert GV2019.

1. Naqiu Boboy - #123 (Khai Bahar)



2. Hady Mirza – Ibu Kota Cinta (Def Gab C)



3. Sham Visa – Sayang Sayang (Aliff Aziz)



4. Nurfatima - Hati Kama (Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris)



5. Feeza – Temberang (Ayda Jebat)



6. Wann - Asmaradana (Puan Sri Tiara Jacquelina)



7. Roy - Gila Judi (Datuk M. Daud Kilau)



8. Noorshila Amin - Pelesit Kota (Search)



9. One Nation Emcees - Gelora (Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma)



10. Kool - Lagu Zaman (Tan Sri S.M. Salim dan Ramli Sarip)



11. Jatt Ali – Awallah Dondang (Noraniza Idris)



12. Amer Sofazr - Samrah Menteri (Datuk Jamal Abdillah)



Jangan lupa saksikan GV6 pada hari Ahad ini 13 Oktober 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.