GV2019: Tune Muzik Tak Selari Dengan Vokal, Ameer Sofazr Tersingkir Pada Konsert Ketiga GV2019
Azwa Rahman
27/10/2019 20:54 MYT
27/10/2019 20:54 MYT
Peserta Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Ameer Sofazr diumumkan sebagai bintang dengan markah terendah sekali gus tersingkir ketika konsert minggu ketiga GV2019.
Menurut Ameer, dia memberikan persembahan yang sehabis baik dan menerima keputusan penyingkiran dengan hati yang terbuka.
“Sudah tertulis rezeki saya hanya sampai konsert minggu ketiga sahaja dan saya terima seadanya.
“Sejujurnya saya sedar ada kesilapan ketika menyampaikan lagu ini dan ia memberikan saya pengajaran. Saya perlu lebih berhati-hati lepas ini,” ujar Ameer kepada Gempak.
Ameer ditemui selepas selesai konsert ketiga GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Tambah Ameer lagi, dia bersetuju dengan komen juri tetap, Datuk Ramli MS pada aspek teknikal ketika membawakan lagu Samrah Mentari dendangan asal Datuk Jamal Abdillah.
“Saya juga jarang dan tidak biasa menggunakan ‘ear piece’ sebagai monitor dan ditambah dengan perasaan gementar, itu yang membuatkan vokal saya goyang,” komen Ameer lagi.
Penyingkiran Ameer Sofazr telah menyelamatkan Sham Visa dan Feeza yang berada di kedudukan tiga terbawah.
Jangan lupa saksikan konsert keempat GV2019 pada hari Ahad ini 3 November 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

“Saya sedar salah saya pada beberapa bahagian lagu antaranya pemilihan key dan pitching yang terlalu rendah.