GEGAR VAGANZA 7

GV7: Belum Start Tapi Dah Kecoh! Macam Ni Rupanya Perangai Masing-Masing Belakang Tabir

Mya Amri 15/11/2020 | 07:00 MYT
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert keenam Gegar Vaganza (GV7) bermula.

Dengan tema duet ‘Doble Special’ diumumkan, sudah pasti peminat begitu teruja menantikan persembahan para bintang minggu ini.

BACA: Gandingan Ratu Irama Malaysia & Ratu Dangdut Paling Dinanti, Ini Lagu Duet Di GV7 Esok!

Namun disebalik keterujaan itu, bintang-bintang GV7 sibuk membuat persiapan untuk memastikan persembahan berjalan dengan lancar malam ini.

Di sini Gempak kongsikan momen-momen belakang tabir para bintang GV7 yang diambil menerusi akaun Instagram masing-masing.