,
Gegar Vaganza 2021

GV8: Kreatif Tapi Vokal Kurang Gah Punca Sa.Ya Tersingkir!

Izwan Isa
09/01/2022
16:09 MYT
Penyanyi duo Sa.Ya menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) kelima yang tersingkir pada konsert minggu kelapan yang bersiaran secara langsung pada Ahad.
Sa.Ya mendapat markah 58.20% gagal meneruskan perjuangan pada minggu separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Sa.Ya yang menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita (Iklim) gagal memuaskan hati juri.
“Sa.Ya mempunyai kreativiti dalam membuat persembahan. Tetapi, dalam pertandingan gah seperti Gegar Vaganza ini, vokal menjadi keutamaan,” kata Datuk Mokhzani selaku juri jemputan.
Suki Low pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan ketujuh dengan markah sebanyak 78.90%.
Bertemakan 'Ku Petik Bintang’, persembahan bintang pada konsert ketujuh dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli Ms, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Mokhzani Ismail selaku juri jemputan.
Berikut merupakan markah penuh peserta: * Suki Low - 78.90% * Aliff Aziz - 76.80% * Aweera - 73% * Nikki Palikat - 72% * Adibah Noor - 68.70% * Azan Scan - 66.20% * Ani Mayuni - 64.30% * Shidee - 58.60% * SaYa - 58.20%
Sementara itu, di awal konsert Nikki Palikat diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi dan juga Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.
GV8 Konsert minggu ketujuh dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Unitar