GV9: “Bukan Gimik” - Kak Lina Tetap Komited Langsaikan Tanggungjawab Sebagai Pengacara Biarpun Lutut Sakit
Izwan Isa
30/10/2022 22:50 MYT
30/10/2022 22:50 MYT
Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh memberitahu, pengacara Gegar Vaganza 9 (GV9) Elly Mazlein atau Kak Lina sendiri yang mahu melunaskan tugasnya pada konsert minggu ketujuh biarpun dalam keadaan lutut yang tercedera.
Norzeha berkata, pihak produksi sedar tentang keadaan kesihatan Kak Lina dan sentiasa memastikan pengacara itu berada dalam keadaan yang baik ketika konsert berlangsung.
“Saya mendapat makluman daripada pihak produksi yang Kak Lina memang mengalami kecederaan pada lututnya. Tetapi, menurut pihak produksi, Kak Lina bersungguh mahu jayakan tugasannya sebagai pengacara konsert GV9 pada malam ini.
"Kak Lina memang komited terhadap kerja. Biar apa pun berlaku, dia pasti akan buat yang terbaik,” katanya kepada Gempak.
Norzeha menambah, keadaan Kak Limna yang pada awalnya berkerusi roda dan kemudian mampu berdiri bukanlah satu gimik untuk menarik perhatian penonton.
“Tiada istilah gimik. Dia memang cedera ketika menjalani penggambaran Gila Viral untuk Astro Warna.
“Ketika itu, lututnya ‘meletup’. Apa pun, kami berbangga dengan Kak Lina kerana dia mampu untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai pengacara dengan baik.
Sebelum ini, Elly berkongsi foto di laman sosial memperlihatkan keadaan lututnya yang tercedera ketika sedang menjalani penggambaran.
Musim baharu GV9 turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni Gegar Vaganza 3, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!