Laman Utama

GV9: Dina Nadzir ‘Sedar Diri’ Tak Mampu Setanding Bintang Yang Layak Ke Final - “Saya Dah Boleh Sukat Mana…”

gempak
Asyikin Mayudin
20/11/2022
21:55 MYT
Sponsor Banner
GV9: Dina Nadzir ‘Sedar Diri’ Tak Mampu Setanding Bintang Yang Layak Ke Final - “Saya Dah Boleh Sukat Mana…”
Tidak rasa ralat sebab tersingkir di minggu separuh akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) pada semalam, penyanyi Dina Nadzir menyedari dirinya tidak mampu untuk bertahan sehingga ke pentas akhir.
Menurut Dina yang juga seorang penyampai radio Era FM, dia sememangnya sudah dapat menyukat kredibiliti persembahannya tidak setanding dengan bintang-bintang GV9 yang layak ke minggu akhir.
“Saya jangkakan tersingkir minggu kelima dan keenam, sejak itu saya memang dah tenang saja. Secara peribadi, saya dah boleh sukat dekat mana kredibiliti persembahan saya sendiri.
“Saya memang dah expect tak kan sampai ke final. Sebab saya ini seorang yang sedar diri dan realistik. Apa-apa pun saya tak ada rasa ralat pun sudah tersingkir,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Fuad yang menyanyikan lagu Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) mendapat markah rendah iaitu 58.30% menyebabkan dirinya menjadi peserta yang tersingkir.
Selain Fuad, penyanyi Dina Nadzir yang juga rakan duetnya menerusi lagu Boneka (Ernie Zakri) untuk minggu separuh akhir turut tersingkir apabila persembahan solonya dengan lagu Bukan Dia Tapi Aku (Judika) mendapat markah 59.20%.
Sementara itu, Dina turut mendedahkan dia sepatutnya sudah diberikan cuti sakit selama sebulan disebabkan keadaan tekaknya semakin teruk selepas dijangkiti Covid-19 pada minggu kedua GV9.
“Ikutkan saya memang dah kena MC sebulan sebab keadaan tekak saya dah sangat teruk. Kalau tak, suara saya akan serak dan langsung tak boleh menyanyi sampai bila-bila… jadi kerosakan kekal.
“Tapi saya ketepikan semua itu, saya buat juga. Jadi, jangan kata saya tak fight. Saya mula rasa suara pelik sejak minggu ketiga selepas saya kena Covid. Jadi, lapan minggu juga saya paksa diri menyanyi,” ujarnya.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live