GV9: Ganti Baju Last Minute Punca Ternampak Lengan, Shila Amzah; "Patutnya Kita Pin Tapi..."
Asyikin Mayudin
14/11/2022 23:55 MYT
14/11/2022 23:55 MYT
Penampilan bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Shila Amzah ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Survivor di minggu suku akhir pada malam Ahad lalu mendapat perhatian netizen.
Ia berikutan lengan baju Shila ternaik sedikit sehingga menampakkan sedikit kulitnya sehingga menerima kritikan segelintir netizen.
Tenang menerima segala kritikan, Shila menjelaskan baju yang sepatutnya digayakan pada malam konsert itu terpaksa diubah pada saat-saat akhir disebabkan tidak bersesuaian dengan konsep persembahannya.
“Sebenarnya saya tak perasan lengan baju melorot dan sarung tangan pula jenis kulit. Jadi, kita tak pun tak terfikir akan jadi begitu. Actually, sepatutnya saya pakai baju lain.
“Saya dapat baju ini pada waktu siang sebelum konsert. Baju yang saya sepatutnya pakai itu tak sesuai dengan konsep malam kelmarin… di mana saya bawakan konsep seperti berlawan dalam gelanggang.
“Baju itu sangat lawa, tapi memang tak sesuai untuk pakai pada malam itu. Walaupun pakaian ditukar pada saat-saat akhir tapi saya tetap puji stylist saya yang menggayakan saya dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Pada konsert minggu suku akhir, Persembahan Shila yang menerusi lagu Survivor nyanyian asal daripada kumpulan Destiny’s Child itu mendapat markah tertinggi daripada juri GV9 iaitu 85.30%.
Sementara itu, Shila mengakui dia tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi di atas pentas setiap kali membuat persembahan namun akan sentiasa memperbaiki kelemahannya.
“Patutnya kita pin semua tempat agar tak ternampak bahagian tak sepatutnya. Bagi saya, soal wardrobe ini benda yang kita tak jangka. Untuk diri saya, mula-mula behave lepas itu atas pentas tiba-tiba boleh ‘workout’ pula.
“Saya sendiri tak jangka akan beraksi seperti itu di pentas. Tapi apa-apa pun, setiap minggu kita akan cuba perbaiki kelemahan kita.
“Terima kasih kepada semua yang menjadi peka dan beri teguran yang membina. Insya-Allah, saya akan buat yang lebih baik di masa hadapan,” ujarnya.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!