Gegar Vaganza 9

GV9: “Kak Lina Tak Kacau, Saya Yang Rancang…” - Jaclyn Victor

Azwa Rahman
03/10/2022
03:00 MYT
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Jaclyn Victor memaklumkan kehadiran pengacara Elly Mazlein ke dalam persembahannya sehingga membuatkan dia ketawa adalah sesuatu yang dirancang.
Menurut Jac, dia tidak terganggu dengan kehadiran Kak Lina malah menyifatkan bekas peserta GV3 itu sebagai comel.
“Kak Lina tak kacau cuma dia comel. Saya tergelak tu bila tengok muka dia macam ‘kurang ajar kau panggil aku sekejap je eh’.
“Saya ketawa sebab nampak dia cute sangat, tak terganggu pun. Dia tak tahu sebenarnya. Saya rancang Kak Lina masuk sebab dia pernah bawa lagu ni dulu kan.
“Saya ada terfikir jugaklah kalau momen saya tergelak tu akan menjejaskan markah mana tahu kan, tapi tu la saya tergelak sebab sumpah muka dia lawak gila, itu sahaja,” kata Jac ketika ditemubual.
Jac ditemui pada majlis sidang media konsert minggu ketiga GV9 yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Dalam pada itu bagi juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dia tidak akan menghukum seseorang peserta jika peserta itu terganggu dengan faktor-faktor yang tidak boleh dikawal.
“Bagi saya sendiri, ia tidak mempengaruhi markah peserta malah ia juga menunjukkan betapa profesionalnya artis tersebut untuk kawal situasi tersebut.
“Pada saya tiada masalah selagi penyanyi tersebut boleh kawal situasi, ia bukanlah satu masalah. Pada saya, Kak Lina sangat kelakar, dia tidak mengganggu saya.
“Saya rasa dia tahu batas dia dalam cuba menghiburkan penonton tapi juri lain saya tak tahulah. Tapi kita sebagai juri tahu kalau peserta itu terganggu kerana Lina, kita tak akan hukum peserta.
“Sebab kita tahu kan, dia ni terganggu sebab Lina masuk tadi, so kita tak jatuh hukum pada peserta. Kalau kita tengok peserta tu tahu macam mana nak kawal situasi, itu menunjukkan dia punya profesionalisme, tiada masalah,” ujarnya kepada Gempak.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dipandang Negatif Kerja Kelab Malam, Jaclyn Victor Kuat Semangat Demi Ibu - "Jujur, Dia Tak Pernah ..."

gempak
06/06/2024
08:55 MYT
Setelah 20 tahun dalam industri, akhirnya penyanyi Jaclyn Victor bakal mengadakan konsert solo pertamanya yang disifatkan sebagai hadiah selepas melalui pelbagai halangan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Hiburan

Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!

gempak
04/05/2024
09:23 MYT
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Hiburan

Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”

gempak
01/05/2024
12:55 MYT
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Udang Masak Tempoyak & Agar-Agar Gula Melaka, Jaclyn Victor Puji Masakan Sherry Alhadad!

gempak
22/03/2024
09:55 MYT
Jaclyn puji masakan Sherry!