Peserta Gegar Vaganza 9, Shila Amzah mendedahkan yang persembahannya menyanyikan lagu Januari bersama Jaclyn Victor dan Tom pada konsert minggu keenam dirancang pada saat-saat akhir.

Shila berkata, dia bersama Jac dan Tom hanya sempat untuk berlatih menyanyi sekitar dua kali sahaja sebelum konsert bermula.

“Tersangatlah last minute. Pihak produksi tanya kami nak buat atau tidak, tetapi tiada confirmation apa-apa. Cuma pada pagi hari sebelum konsert, rupanya kami bertiga semua dah bersetuju.

“Selepas raptai lagu solo, kami hanya sempat berlatih satu dua kali sahaja. Pembahagian lirik pun kami adakan hari yang sama. Sebab kita pun bertanding kan. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Shila berkata, dia turut melahirkan rasa lega apabila dapat membawakan lagu berkenaan selain tiada penyingkiran yang dilakukan oleh pihak produksi pada malam berkenaan.

“Untuk kami bertiga, kami yakin kita rasa sangat kehilangan bila Dina tiada. Bila dengar balik, kalau dia nyanyi lagu ni, saya tak rasa dia boleh habiskan, sebab faktor lirik… ia akan jadi sangat sukar.

“Bila dah berjaya nyanyikan, kami berasa sangat bersyukur dan kami harap dapat berikan justice pada lagu ini. Dalam masa sama, dan dan Jac berasa lega apabila tiada penyingkiran berlaku dan Dina boleh mara ke minggu seterusnya,” ujar Shila.

Pada malam konsert, Shila yang menyanyikan lagu I Will Show dendangan asal Ailee berada di tempat ketiga dengan markah sebanyak 76.60%

Musim baharu GV9 turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni Gegar Vaganza 3, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!