Laman Utama

GV9: Ramli MS Didakwa ‘Berat Sebelah’ Sering Puji Tom, Ini Komen Empunya Badan! “Sudah Tentu Dalam Laman Sosial Ada Macam-Macam…”

Asyikin Mayudin
31/10/2022
02:25 MYT
Juri tetap program Gegar Vaganza 9 (GV9) Datuk Ramli MS tetap tenang menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia seakan-akan pilih kasih apabila melibatkan penyanyi Tom.
Tiada istilah berat sebelah, Ramli MS bagaimanapun memilih untuk mengabaikan sahaja komen daripada netizen kerana mereka berhak mengatakan apa saja di laman sosial.
“Sudah benda tu (pilih kasih) dah terjawab la bila Tom tersingkir. Orang dekat luar tu, dia punya jari, internet... dia punya suka la. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Benda yang betul, saya terima dan cuba baiki diri saya. Benda yang macam internet, line dia punya… sila dan tak apa saya tak ada hal.
“Sudah tentu dalam laman sosial ni ada macam-macam dan itu perkara biasa bagi saya. Nak kata berat sebelah tu tidak, ni adalah satu-satunya program yang saya suka, un-touch the jury punya part,” katanya kepada gempak.
Terdahulu, langkah bintang GV9 iaitu Tom terhenti apabila dia menjadi peserta yang tersingkir di malam konsert minggu ketujuh yang berlangsung di MBSA, Shah Alam malam tadi.
Manakala, bintang GV9 Bob Yusof pula mendapat markah tertinggi iaitu 85.60 peratus menerusi lagu Kasih nyanyian asal seniman Datuk Sudirman Arshad.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Alyah, Ramli MS Ambil Anak Angkat - “Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami”

gempak
04/06/2024
11:37 MYT
Penyanyi, Datin Alyah mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.
Hiburan

Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

gempak
25/04/2024
23:55 MYT
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Hiburan

Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

gempak
25/04/2024
08:25 MYT
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Hiburan

Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”

gempak
19/03/2024
06:25 MYT
Wah sedap nama anak Tom & Fuad.
Hiburan

Netizen Minta Fuad Rahman Insaf & Ajar Anak Berzikir, Ini Respons Tom

gempak
10/03/2024
12:55 MYT
Alamak netizen ni...