Seperti yang dijangka, Jaclyn Victor diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dengan memperolehi markah tertinggi sebanyak 85.86% di konsert akhir yang berlangsung pada malam ini.

Jaclyn membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama RM2,000 untuk Anugerah Bintang Memukau Adabi serta trofi manakala Bob Yusof mendapat tempat kedua dengan markah 76.28% dan membawa pulang wang tunai RM50,000 serta trofi.

Shila Amzah mendapat tempat ketiga dengan markah 76.02% dan meraih RM30,000 serta trofi selain itu tempat keempat Tomok, V.E mendapat kelima dan manakala Hazrul Nizam di kedudukan enam.

Tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing menerima wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Semua peserta diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS sebagai ketua juri, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Edry Abd Halim.

Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu akhir dimenangi oleh Jaclyn berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Manakala Bob memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang barangan masakan bertekanan tinggi Tilam Cuckoo bernilai RM5,978.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Jaclyn Victor (It’s All Coming Back To Me Now & This Is Me)- 85.86%

Hetty Koes Endang - Menurut bunda, dua lagu yang kamu bawa medley membuktikan kamu perempuan yang strong. Lagu dua-duanya menurut bunda bercampur, isi cerita emosinya ada, galau ada, ada cintanya, ada marahnya, ada sedihnya, jadi isi cerita lagu itu. Malam hari ni membuktikan bahawa kamu berhasil. Pada saat paling susah lirik, kamu berhasil di situ. Juri tak melihat sebelum ini, naik turun. Tapi kita lihat malam ini. Bunda bangga, semua peserta bisa menyanyikan lagu orang putih, alangkan bangganya lagu asli seperti P Ramle.

Bob Yusof (Rahasia Perempuan & Sejati) - 76.28%

Edry - Satu saja nak komen, cemerlang betul. Saya rasa dah dengar lagu ini dari kecil, selepas Dato Awie, ni yang baik. Banyak pertandingan banyak masuk, dulu nampak keremajaan. Sekarang Bob nampak selesa bertanding dengan gaya lebih matang, vokal terbaik. Teruskan berkarya, release lagi digital. Banyakkan lagu macam tadi.

Shila Amzah (Secret Love Song & Tak Ada Logika) - 76.02%

Ramli MS - Hidung sumbat ke? Lagu nombor kedua itu susah. Its okay, cuma you banyak struggle, tempat kaki tu. Work more hard dekat lagu kedua.

Tomok (Berhenti Berharap & Time Is Running Out) - 75.83%

Syafinaz - Ramai tanya siapa akan menang, saya tiada pilihan. Saya memberi markah berdasarkan apa yang anda hidangkan malam ni, minggu lalu tak peduli. Saya nak cerita kelemahan dan kelebihan. Kelemahan pada nada rendah dan tinggi juga. Kualiti tone, bibir jangan sengit, kecilkan persembhan range, tetapi dalam kelebihan, ada pada interpretasi sendiri, cara berbeza dengan original. Sebab itu anda lain daripada lain. You punya mainan emosi sangat bagus. You tahu nak main emosi, persembahan pentas nombor one.

V.E (Ikhlas Tapi Jauh & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja) - 72.39%

Hetty Koes Endang - l Ini final sebetulnya juri tak perlu banyak komen, stage performance kamu bagus sekali, tetapi memang kita pakai ear monitor tentu bukan cari kesalahan sikit, sedikit tu yang mahal, jadi persoalan. Dari awal sampai final, bunda sangat senang dengan kamu, banyak progress, betul-betul banyak perubahan. Kalian bahaya sangat satu suara, masing-masing punya karekter, harmoni juga bahaya.Awal okay, ending tu dah tak okay. Tapi kalau untuk bunda, semuanya di final sudah juara. Kalian sudah soulmate jangan pecah.

Hazrul Nizam (Crazy & Terlanjur Cinta) - 69.75%

Ramli MS - You menyanyi tadi tiap-tiap minggu macam ni, minggu terakhir, lebih jadi baik. Sekarang ini, malam ini menyanyi agak elok. Kalau lapan minggu lepas, tiap-tiap minggu menyanyi macam ni, industri boleh jadi baik sangat. Lagu kedua, kumpul lagi banyak markah.

Lagu Battle;

The Real Slim Shady (Eminem) & Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alyph) - Jaclyn Victor VS V.E

Edry - Memang ada karekter, Jac saya tak sangka awak macam ini. Ini bukan Jac yang says kenali. VE tak ada problem, enegy ada, tempo ada, sebutan very jelas. Ada impak la. Cuma bab menyanyi, patah balik sikit, dalam kumpulan ada kelebihan, kesesuaian vokal, tak boleh bahagikan. Sama macam KRU, yusry jual vokal, kami jual muka. Kadang-ladang menganggu flow lagu. Boleh point bagi part, susunan vokal, Jac full of surprises. Kalau dulu Jac dulu tengok Jac sekarang, Jac dulu akan bangga. 18 kali ganda lebih bagus.

Ice Ice Baby (Vanilla Ice) & Swipe (Alyph) - Bob Yusof VS Hazrul Nizam

Edry - Agak berlainan dengan pusingan pertama. Macam mana nak nilai. Rap satu seni persembahan lain daripada nyanyian. Tak adil untuk nilai kebolehan menyanyi dan rap. Fun tengok kedua selesa. How i wish lagu uji vokal. Final nak tunjukkan satu perbezaan. Untuk Hazrul, saya harap awak teruskan buat lagu ada jiwa Melayu.

Syafinaz - untuk orang tak reti, ini sangat mencabar. Saya tahu mata boh tak lari dari monitor, cabaran ini sangat comel vokal dan visual. Ada satu kecik, ada satu besar. Saya rasa korang buat comel, kesukaran sangat besar. Terima kasih Hazrul hafal lirik, banyak perkataan you cuba. Bob strong enough dekat solo, you nervous. Bagaimana mencabar untuk menyanyi.

Too Legit Too Quit (MC Hammer) & Party Sampai Pagi (Karmal) - Shila Amzah VS Tomok

Edry - Saya rasa pasangan duet rap battle, mereka paling serasi dan menarik. You plan l persembahan, pakaian serasi, dua-dua dah kenal satu sama lain. Tomok, dari zaman dulu dan sekarang you can do it everything. Saya kagum. Tomok macam cat have nine lifes. Suka buat pembaharuan, itu yang bagus. Shila pula, kenal dari album pertama, kanak-kanak. Your progress so far, pelbagai kejayaan dah capai. Pentas GV9 pencapaian yang patut dibanggakan. Cuma satu terkilan, kerana dah 30 tahun industri, ni dapat pertama kali berinteraksi dengan Shila .

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!