Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Jaclyn Victor yang bergandingan bersama penyanyi Aina Abdul bersyukur mendapat rakan duet yang serasi sehingga berjaya meletakkan persembahannya menerusi lagu Cinta di kedudukan pertama.
Menurut Jac, persembahan mereka berdua berteraskan konsep saling melengkapi dan mengakui Aina merupakan antara rakan duet yang menyeronoknya.
“Minggu ni bukannya saya nak berperang atas pentas, saya harap tadi tak dengar macam berperang kan? Setiap kali saya menyanyi dengan seseorang tu, saya kena jadikan persembahan tu as best as i can.
“Orang tanya macam kenapa kau ‘bagi sangat’, saya kena memberi sebab bila saya dapat penyanyi macam Aina Abdul, kami kena gunakan sepenuhnya apa yang saya boleh buat dan apa yang dia boleh buat,
“Atas pentas semalam kami tak bercakap sangat pun, kami ada chemistry yang baik sebab apa yang cakap pun dah tak dengar. Duet dengan Aina antara yang best pada saya,” jelas Jac ketika ditemubual.
Jaclyn ditemui pada majlis sidang media konsert GV9 minggu kelima yang diadakan di Auditorium MBSA pada Ahad.
Dalam pada itu, pelantun yang popular dengan lagu Gemilang itu sendiri mengagumi bakat nyanyian yang ada pada Aina yang menyifatkan komposer berusia 28 tahun itu sebagai matang.
“Saya memang kagum dengan dia, dia muda tapi seorang yang sangat bagus, tak berhenti belajar, sentiasa nak memperbaiki diri. Itu yang saya suka tentang Aina.
“Pembahagian lagu pun senang, dia tahu ini adalah pertandingan untuk saya dan kami berkongsi lirik bersama-sama cuma dia banyak bagi ruang pada saya untuk buat harmoni. Bila dia bahagikan tugas tu, dia faham saya yang bertanding,” ujarnya lagi.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Azwa Rahman
Mon Oct 17 2022


Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...

Prihatin Dengan Nasib Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Sufian Suhaimi Lancar Tabung Kasih - “Melihat Keadaan Puan Jahidah Yang...”
Kisah yang menyayat hati...

FAKHRI HIGH COUNCIL BANTAI WARTAWAN | Lawak Atau Koyak S2
Wartawan masuk air #LawakAtauKoyak ni buat Mierul Aiman menyirap. Soalan buat naik angin. Sikit lagi nak kena bantai.Kalau dekat asrama memang dah kena kurung dalam locker si Kecik ni. #HighCouncil
_2.png?ext=.png)
Akibat Lama Tidak Berlakon, Remy Ishak Alami Masalah Takut Berjumpa Orang; “Saya Kena Kembalikan Semangat Saya…”
Semoga semangat Remy kembali
![[VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid [VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-terima-kasih-sebab-hormat-jennie-blackpink-dipuji-pakai-hijab-baju-longgar-ketika-melawat-masjid.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid
Comelnya Jennie.
_2.png?ext=.png)
Mat Sabu Dahului Anugerah Datuk Seri, Atlet Boling Negara, Shalin Kini Bergelar Datuk
Tahniah
.png?ext=.png)
Disindir Suami Fatin Afeefa, Ini Komen Adam Shahz - "Saya Rasa Lebih Baik..."
Adam Shahz tampil komen mengenai video diperli suami Fatin Afeefa

Hello Shah Alam! Jom Temui Uqasha Senrose, Siti Nordiana, Ella & Puteri Aishah Pada Ahad Ini
Jom meriahkan!
_2.png?ext=.png)
Titi DJ Pamer Wajah Sebelum & Selepas Pembedahan Plastik: “Rasa Macam Rambut Tercabut Satu Per Satu”
Lain ke tak?
_1.png?ext=.png)
Dituduh Lelaki Gay, Atiq Azman Mahu Ambil Tindakan; “Standby Nak Saman, Jangan…”
Atiq tegas!