Kesemua 10 bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) menarik nafas lega selepas tiada peserta yang diumumkan tersingkir pada penghujung konsert GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam semalam.

Sungguhpun begitu, Tomok diumumkan menduduki tempat pertama apabila mendapat markah tertinggi menerusi lagu Everybody nyanyian asal kumpulan popular Backstreet Boys.

Bertemakan Citarasa Antara Benua, 10 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kedua dimenangi oleh Tomok berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Selain itu, Tomok juga turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.

Manakala Jaclyn Victor memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi di Facebook Astro Gempak dan membawa pulang sebuah penapis udara Cuckoo bernilai RM3,000.

Minggu ini tiada penyingkiran diumumkan sungguhpun Dina tidak dapat bersama dengan para peserta yang lain memandangkan ayahnya meninggal dunia.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Tomok - Everybody (84%)
Hetty Koes Endang: Tomok, kamu sudah jadi international entertainer. Ini menurut saya, kamu boleh kuasai semua lagu, kamu dah boleh perform di Las Vegas. Hal ini harus jadi semangat buat kamu. Apa yang paling suka gerak tarian Michael Jackson.

Jaclyn Victor - Bukan Rayuan Gombal (82.40%)
Hetty Koes Endang: Saya tadi waktu dengar tak tahu lagu Judika yang mana satu. Terus terang saya tak pernah dengar lagu yang kamu nyanyi tadi. Jadi, bahagialah kamu jika saya tak pernah dengar sebab lagu ini kepunyaan kamu. Style kamu, sampai ke langit tembakannya. Sukses.

Shila Amzah - I Will Show (76.60%)
Hetty Koes Endang: Shila, muzik itu adalah universal. Lagu negara apa pun, bahasa apa pun, kalau kita sampaikannya dan yang dengar faham, juri faham, itu yang seharusnya dipelajari oleh semua peserta. Shila, tembakan memang dah makanan kamu, bukan tak bagus, tapi kamu harus fokus juga pada note rendah. Tapi tak parah sangat. Cuma waktu korus suara kena harmoni dengan muzik.

Bob Yusof - Kurik Kundi (76.40%)
Hetty Koes Endang: Lagu yang kamu nyanyi menurut saya amat sulit, tapi memang makanan kamu. Lagu ini ada banyak irama dalam lima bahagian, dan pernafasan kena jaga sebab ada sedikit kurang dalam beberapa part, tapi overall sukses. Cuma kalau boleh sarungkan songket lagi better.

Hazrul Nizam - (74.30%)
Syafinaz Selamat: Saya suka GV9 ni sebab peserta-peserta semua go all out dan cuba sedaya upaya nak impressed judges. Thank you so much. Berbalik pada Hazrul, I was expecting romantic normal punya rendisi, tapi ni very different, loungey dan jazzy, mungkin ramai orang suka muzik loud but this music suits you so well. You don’t need to comepete suara tinggi macam orang lain, tapi suara you smooth tak nampak macam mencuba. Saya suka muted trumpet sound yang awak buat tadi. Overall saya suka.

VE - Killing Me Softly ( 73.60%)
Hetty Koes Endang: Malam ini saya speechless kamu bagus sangat. Pembahagian suara banyak perubahan, saya suka. Perubahan seperti ini bagus ada semangat ingin juara. Jadi kamu malam ini lanjut. Memang tak mudah nyanyi berempat, jadi masa latihan tengok mulut masing-masing untuk dapat chemistry.

Fuad Rahman - My Sacrifice ( 73.10%)
Ramli MS: Awak punya attitude sangat stylo. Sepatutnya you dah jumpa mana-mana produser. Sebab you banyak content dalam diri you. Tapi saya faham bisnes muzik di Singapura tak heavy. Patut you bergaul dengan orang yang ganas dalam industri. Don’t waste.

Hetty Koes Endang: Sudah enam minggu, baru minggu ini saya suka sama kamu. Ini yang dicari saya, seperti apa yang kamu persembahkan malam ini. Nada tinggi kamu bagus, tapi perlu lebih hati-hati.

Tom - I Hate Myself For Loving You (63.50%)
Ramli MS: Saya pasti awak nyanyi lagu ni banyak kali. I was scared nafas kamu dah kurang masa mula. Namun kamu dapat catch up lepas tu. Kena careful kekadang ok, kekadang tak semput. Kalau dah semput tu sumbang, tapi you get back balik.

Asheed Def Gab C - Sweet Child O Mine (59.90%)
Syafinaz Selamat: Kita kalau dengar suara you, orang tahu itu you, itu trademark you, bagus. Tapi minggu ini lagu English, jadi diction mainkan peranan besar. Dan markah beri banyak dalam nyanyian juga. Sebutan ‘th’ perlu smooth.

Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan ditemani oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.

Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.

GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.