Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GV9: Tok Ram Dedah Pecahan Markah, Puas Hati Kualiti Solo & Battle Jac - "Saya Terkejut Bila Dia ..."

Syafiqah Jalal
28/11/2022 01:49 MYT
Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS berpuas hati apabila sebulat suara bersama juri lain memilih Jac sebagai juara.

Menurut Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram, Jaclyn layak memenangi pertandingan tersebut kerana berjaya memberi persembahan terbaik dalam kedua-dua segmen iaitu solo dan battle.

"Jaclyn saya terkejut bila dia battle dengan VE memang bagus. Gabungan mereka sangat cantik. Attitude Jaclyn dan gaya penampilannya dalam segmen berkenaan terbaik.

"Bukan itu sahaja, segmen solo Jaclyn juga sangat bagus dan telah membuatkan markah bagi kedua-dua segmen tinggi sekaligus menobatkannya sebagai juara.

"Malah saya gembira apabila kami sebagai juri sebulat suara memilih Jac sebagai juara untuk GV9 ini. Ini adalah GV yang paling terbaik setakat ini," katanya kepada Astro Gempak.

Tom Ram ditemui media usai GV9 tamat di Auditorium MBSA malam semalam.

Jaclyn mendendangkan lagu It's All Coming Back to Me Now nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E.

Di tempat kedua GV9 dimenangi oleh Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Shila Amzah membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.


#Jaclyn Victor #Solo #Tok Ram #Markah #Kualiti #GV9 #Battle #Pecahan
;