Kelab peminat Tomok iaitu Tomokianz merupakan antara yang aktif hadir memberikan sokongan kepada bintang Gegar Vaganza (GV9) itu.

Bakal berentap di pentas akhir, sudah pasti Tomokianz mendoakan yang terbaik buat penyanyi kesayangan mereka.

Tiada lain yang diinginkan peminat selain melihat artis kesayangan berjaya mengecapi kejayaan namun faham perjuangan dan usaha dilakukan itu bukan mudah.

Tidak memberikan tekanan untuk bergelar juara, sebaliknya Tomokianz sentiasa menyatakan sokongan mereka kepada Tomok tidak kira apa pun yang berlaku di pentas akhir nanti.

Berpeluang menemu bual Tomokianz, Gempak dapat merasakan betapa ikhlas dan sayangnya mereka kepada Tomok.

A post shared by TOMOK OFFICIAL FANS PAGE® (@tomokianzofficial)

Ikuti temubual di bawah bersama kelab peminat Tomok.

1.Apakah harapan Tomokianz untuk Tomok?

“Harapan kami semoga Tomok dapat menjadi Juara GV9 dan seterusnya kerjaya Tomok akan terus berkembang selepas ini,”

2.Sebagai peminat, apa yang Tomokianz rasa Tomok patut lakukan untuk bergelar juara?

“Tomok perlu teruskan konsep persembahannya yang kreatif dengan menonjolkan kekuatan vokal dimilikinya serta mempersembahkan sebuah persembahan yang akan diingati sampai bila-bila.

"Walau apa pun terjadi, kami percaya pada Tomok kerana beliau adalah seorang fighter,”

3.Apakah perancangan Tomokian untuk Tomok selepas selesai GV9?

“Kami merancang untuk mengadakan sesi meet & greet sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat Tomok di luar sana dan terus menyokong setiap perkembangan Tomok dalam industri.

“Selain itu, kami semua tak sabar untuk menantikan Konsert New Boyz pada bulan Februari 2023 nanti,”

4.Kongsikan antara kenangan paling manis dengan Tomok.

“Kami menjadi sebahagian daripada peminat yang menyaksikan kemenangan Tomok di dalam pertandingan-pertandingan yang beliau sertai dan menjadi antara penyokong kuat dalam kerjaya beliau dalam industri seni dan juga bidang perniagaan.

“Selain itu, Tomok juga sentiasa menghargai dan tidak pernah melupakan peminat-peminat yang telah menyokong beliau sejak dari zaman New Boyz sehingga kini,”

Terdahulu, Tomokianz mula ditubuhkan apabila Tomok menyertai satu pertandingan secara solo. Pada awalnya ahli yang menyertai Tomokianz terdiri dari peminat-peminat New Boyz.

Kemudiannya ahli kelab semakin bertambah dari tahun ke tahun terutamanya apabila Tomok menyertai atau terlibat dengan mana-mana pertandingan.