#GWMA23: Gandingan Meerqeen & Anna Jobling Masih Hangat, Melur Untuk Firdaus 2 Dinobat Drama Tergempak

Asyikin Mayudin
Februari 25, 2024 14:06 MYT
Gandingan dan keserasian pasangan pelakon Anna Jobling dan Meerqeen menerusi Melur Untuk Firdaus 2 memenangi kategori Drama Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.

BERITA TRENDING : Debaran GMWA2023: Meerqeen Tak Letak Harapan Nak Menang - "Pesaing saya semua nya.."

Drama yang meraih undian 65.20 peratus tersebut turut mengalahkan empat calon lain iaitu Projek High Council, Hijrah Jannah, From Saga With Love, dan My Famous Ex-Boyfriend.
Sama seperti musim pertama, Melur Untuk Firdaus 2 antara drama hebat yang menjadi kegilaan ramai sehingga tular ke negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Selain Meerqeen dan Anna, pelakon lain yang terlibat dalam drama ini termasuklah Eyka Farhana, Azim Yusof, Fimie Don, Sabrina Sharleen dan Kuza Muzani.
#GMWA23 #Gempak Most Wanted Awards 2023 #Melur Untuk Firdaus 2