Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Habis Berpantang, Penampilan Neelofa Gendong Anak Tarik Perhatian Netizen - “Bilalah Dapat Tengok Wajah Bilal..”

Azwa Rahman 13/03/2022 | 01:40 MYT
Selebriti popular Noor Neelofa mengumumkan dirinya sudah tamat menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan seorang bayi lelaki, Muhammad Bilal.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto pertamanya selepas tamat berpantang bersama Bilal yang diletakkan di dalam kain gendong.
“Selesai berpantang alhamdulillah, jumpa doktor kejap. Mana bapak budak Spiderman ni, nanti mengikut Bilal balik pening lah ummi,” tulis Neelofa di ruangan kapsyen.
(Embed)
Pada perkongsian itu lagi, Lofa tampak sihat dan bergaya mengenakan kain gendong dari warna sedondon bersama anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya memuji penampilan Neelofa yang kelihatan cantik dan berseri seusai tempoh berpantang.
Tidak kurang juga ada yang sudah tidak sabar menanti wajah anak sulung kepada pasangan ini.
“Cutenya Bilal duduk dalam tu,” tulis seorang wargamaya.
“Ummi Bilal cantiknya lepas berpantang ni,” puji seorang wargamaya.
“Masyallah ummi Bilal. So cute and pretty,” ujar seorang wargamaya.
“Berseri-seri ye bila ummi Bilal dah habis pantang,” kata seorang wargamaya.
“Bilalah dapat tengok wajah Bilal yang comel ni,” tanya seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 300,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Sekadar info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari 2022.
#Neelofa #Muhammad Bilal #Gendong Bilal
;