Umum mengetahui selebriti popular, Hanis Zalikah kerap berkongsi tips tentang kehidupan berkeluarga menerusi akaun Instagramnya.

Sejak menimang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisyah, 2, pelbagai perkara tentang anak-anak turun menjadi topik penulisannya di untuk tatapan peminat.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Hanis memberitahu yang anak keduanya, Alisa tidak lagi minum susu botol.

Menurut isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu, proses untuk Alisa menolak minum susu dalam botol bermula dengan melatih anaknya minum susu pada waktu malam.

Kongsi Hanis, kini buah hati pengarang jantungnya itu sudah tidak lagi minum susu botol selain selera makannya kian bertambah. Tambah Hanis, selalulah berkomunikasi dengan anak-anak dan terangkan sebab dan akibat mengenai sesuatu perkara.

Sungguhpun begitu, perkongsian Hanis nampaknya kurang disenangi oleh beberapa kelompok netizen.

Menurut mereka, Hanis mempunyai pembantu di rumah dan mereka lebih suka mendengar tips yang dikongsi oleh suri rumah yang menjaga anak.

“Asyik kongsi tips je. Mesti HZ rasa dialah ibu terbaik yang patut dibuat contoh dan jadi ikutan ibu-ibu marhaen kan. Ada tukang untuk tolong jagakan anak, memasak mengemas boleh la. Lagi suka tengok suri rumah bagi tips-tips jaga anak ni,” tulis seorang netizen.

“Normal la tu minum pakai cawan, habis kau ingat anak kita orang minum dalam kasut? Anak baru seketul dah acah pro… ceh,” luah seorang lagi pengguna media sosial.

Sungguhpun begitu, ada juga yang turut membela dan menyokong perkongsian yang dibuat oleh Hanis menerusi akaun sosial medianya.

Menurut salah seorang pengguna media sosial, cara komen netizen yang meninggalkan komen negatif sedikit sebanyak menunjukkan siapa mereka sebenarnya.

“Apa la hai netizen… macam something tak kena dengan hati. Walaupun tak suka, cara komen tu menunjukkan siapa dirimu. Toksik,” katanya.

Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.