Hiburan
“Habis Ribuan Ringgit Juga” - Nabila Razali Ceburi Hobi Berbasikal
Penyanyi Nabila Razali mendedahkan berhabis ribuan ringgit untuk membeli kelengkapan berbasikal demi hobi barunya.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella, hobi berbasikal ini baru diterokainya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Saya berbelanja hampir ribuan ringgit juga untuk aktiviti berbasikal ini. Tak salah kita laburkan sedikit wang untuk sesuatu yang mendatangkan kebaikan.
“Saya baru lagi cuba aktiviti berbasikal ni dan saya rasa cukup seronok. Sekarang saya berbasikal setiap malam bersama teman-teman. Kalau nanti saya dah mula shooting, saya tetap akan cari masa,” ujar Bella ketika dihubungi Gempak.
Tambah Nabila lagi, aktiviti berbasikal ini juga telah menemukannya dengan kawan-kawan baru.
“Bila saya sertai aktiviti ni, saya berjumpa kawan-kawan baru yang best. Tak salah sekali sekala kita bertukar circle.
“Ada juga teman-teman saya yang selama ni saya tak tahu pun suka aktiviti berbasikal. Bila ride tu, memang boleh hilangkan tekanan dan sihat bersama-sama,” jelasnya lagi.
Di laman sosial Instagram, Nabila turut kerap berkongsi foto-foto aktiviti berbasikalnya untuk dijadikan inspirasi.
Must-Watch Video