“Habis Semua Dia Sembur, Junior Pun Kena Tumbuk” - Hilmi ‘Koyak’ Melampau, Projek: Anchor SPM Makin Intense!
20/04/2021 06:55 MYT
Tayangan episod enam Projek: Anchor SPM malam semalam menjawab segala persoalan apakah yang bakal terjadi pada Hilmi lakonan Nadhir Nasar.
Bermula dengan percintaan ditolak Aaida lakonan Daiyan Trisha, Hilmi kemudian terpaksa bergelut dengan sindiran rakan seperjuangannya.
Perasaan cemburu yang membuak-buak serta rasa dipinggir oleh rakan-rakan menjadikan Hilmi seakan dirasuk syaitan.
Penonton menyaksikan perubahan ketara sikap Hilmi daripada pelajar berdisplin menjadi samseng dan panas baran.
Paling mengejutkan adalah babak Hilmi menumbuk junior sekolah berkenaan. Tergamam dibuatnya!
Menerusi pemantauan Gempak di platform Twitter juga menyaksikan ramai penonton terkejut dengan tindakan luar jangkaan Hilmi.
Paling menyakitkan hati apabila Hilmi membuka rahsia Projek: Anchor SPM hingga diketahui oleh pengetua Awang.
“Hilmi berubah 360 gone wrong, Aku speechless but ye lah dah buat macam macam but dilayan macam sampah”
“Hilmi what’s wrong with you”
“Hilmi dah bocor semua rahsia. Aku faham macam mana perasan hilmi dan bila dia suka seseorang tu tapi ditolak dan perempuan yang dia suka pula rapat dgn kawan baik dia sendiri,” tulis beberapa netizen.
Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.
Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.