Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Habis Semua Kena Tuduh!” – Ramai Dah Mula Sakit Hati Dengan Tikam

Mya Amri 08/12/2021 | 11:50 MYT
Drama Gempak Original Siri, Tikam nampaknya benar-benar menguji kesabaran penonton.

Lihat sahajalah episod lima minggu lalu yang menyaksikan pelbagai drama berlaku sehingga penonton sendiri tidak dapat meneka siapakah dalang atau pembelot sebenar dalam Tikam.

Jika sebelum ini penonton menyangka NJ merupakan ‘penjahat’ namun kali ini dakwaan itu sudah bertukar tangan.

Dua lagi nama yang dipetik penonton adalah Ika dan Akma, ini kerana perwatakan mereka berdua semakin mencurigakan dalam episod kelima.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meninjau di laman Twitter, rata-rata penonton mula meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton episode keenam malam ini.

Jadi siapakan pembelot sebenar dan apakah kesudahan mereka?

Saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.

Tikam mengetengahkan genre jenayah thriller mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat.

Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

Klimaks drama Tikam bergantung kepada keunikan jalan cerita yang padat dengan plot twist untuk menimbulkan unsur spekulasi dan suspen di kalangan penonton.

Selain itu, drama ini juga turut mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad (Shahrol), Ben Amir (NJ), Intan Najuwa (Akma), Michael Ang (Mike), Jasmin Hamid (Madam Joan), Yuna Rahim (Ika), Ellyas Abdullah (Sap) dan Josiah Lim (Ed).

#Gempak Original Series #Tikam #Drama Tikam #Gempak Original Siri
;