Laman Utama
Habis Sini, Naim Daniel & Joe Flizzow Nasihat Manusia Yang Suka Sebar Aib Orang!
Penyanyi Naim Daniel akui teruja apabila Joe Flizzow menyatakan kesudian untuk bekerjasama menerusi single terbaharu, Habis Sini.
“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” kata Naim.
Naim berkata, Habis Sini merupakan karya yang dieksperimen untuk mendapatkan elemen baharu dari dunia Hip Hop selepas mendapat sambutan dalam genre balada.
Tambah Naim lagi, kemunculan Joe Flizzow dalam Habis Sini juga tidak dirancang kerana lagu ini sendiri sudah lama dihasilkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Pada awalnya saya tidak merancang pun untuk berkolaborasi bersama Joe, tambah-tambah lagi proses rakaman pun kita buat ketika Ramadan tahun lepas.
“Tetapi produksi musik yang dikelola oleh Mas Dewangga dan SonaOne ini telah memberi satu pengalaman baru, terutama dari SonaOne sendiri kerana ini merupakan kerjasama pertama mereka.
“Dan daripada situ ada cadangan untuk memanggil Joe dan saya pada awalnya gementar kerana bimbang dia tidak akan bersetuju,” katanya.
Habis Sini mengisahkan tentang bagaimana dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan manusia yang leka dengan menyebarkan aib dan kebencian kepada orang lain tanpa mengetahui kebenaran yang sebenarnya.
Lagu ini merupakan Kerjasama World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Def Jam Recordings.
Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, Habis Sini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, Joox dan lain-lain bermula 2 Februari 2022.
Manakala muzik video Habis Sini telah dilancarkan pada tarikh yang sama di saluran Youtube World Peace Entertainment.