HIBURAN

“Habis Stok Tisu Di Rumah” - Ramai Menangis Tengok Andai Tiada Dia, Suami Ummi Nazeera Siap Share Tips Hilangkan Bengkak Mata

Mya Amri 19/12/2024 | 02:25 MYT
Sebagai salah seorang penyokong kuat drama Andai Tiada Dia, sudah pasti ramai yang menunggu hantaran terbaharu suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari.

Habis stok tisu rumah Kali ini disebabkan ramai yang beremosi menonton episod terbaharu Andai Tiada Dia, lebih-lebih lagi babak berkaitan dengan Falah, Dr Izzar mengambil inisiatif berkongsi tips untuk mengurangkan bengkak mata akibat menangis keterlaluan.
Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

ARTIKEL BERKAITAN:Suri Cabar Mental & Fizikal Ummi Nazeera - “Bangun Pagi Sakit Badan, Lebam Lebam Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Intan ‘Andai Tiada Dia’ Ada Fibroid, Ini Perkongsian Dr. Izzar Mengenai Ketumbuhan Dikenali Sebagai ‘Leiomyoma’

ARTIKEL BERKAITAN:"Sampai Tahap Saya Rasa Takut Dengan Diri Sendiri" - Watak Suri 'Andai Tiada Dia' Cabar Mental Ummi Nazeera!

Sinopsis:

Andai Tiada Dia mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat.
Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.
Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.
#Ummi Nazeera #Tips #Dr Izzar #Mata bengkak #andai tiada dia