Hiburan
"Habis Tiga Botol Air Saya Minum Sebab Nervous" - Ben Ladin Cerita Pengalaman Jumpa Malique
Penyanyi remaja yang sedang mencipta nama, Ben Ladin, 17, menceritakan pengalaman ketika pertama kali berjumpa dengan penyanyi rap terkenal, Malique.
Malique telah terlibat dalam pembikinan single Hikayat Benladin sebagai penulis lirik dan komposer hasil kerjasama dengan Dedeq.
Menurut Ben, dia berasa amat gementar untuk berjumpa Malique ketika proses pembikinan lagu tersebut kerana amat mengagumi bakat besar yang dimiliki penyanyi rap terbabit.
"Terus terang saya katakan, saya sangat gementar ketika pertama kali berjumpa Malique kerana saya amat mengagumi bakat yang dia miliki, tambahan pula saya masih baru dalam bidang nyanyian ini.
"Habis tiga botol air mineral saya minum sebab 'nervous', tapi lama-kelamaan, saya berasa selesa kerana Malique adalah seorang yang sangat profesional, baik dan suka membantu," kata Ben kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Ben sedang sibuk memenuhi undangan persembahan dan mempromosikan single Hikayat Benladin di seluruh Malaysia.
Must-Watch Video