Hiburan

"Hadapi Dugaan Ramadan Dengan Senyuman" - Ben Amir

gempak
Kamaruddin Razal
16/04/2020
21:51 MYT
Sponsor Banner
"Hadapi Dugaan Ramadan Dengan Senyuman" - Ben Amir
Menjelang sambutan bulan Ramadan yang mulia, kita akan meraikannya dengan suasana penuh berbeza.
Jika tahun lalu, mungkin ramai yang menyambut puasa penuh meriah dengan pelbagai juadah di Bazar Ramadan, lain pula situasinya tahun ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini menandakan kita bakal menyambut ibadah puasa dengan serba sederhana.
Pelakon Ben Amir berpesan agar kita menghadapi dugaan Ramadan yang bakal tiba dengan senyuman.
Mungkin ada yang bakal menyambut Ramadan dengan dugaan seperti berjauhan dengan orang tersayang, tetapi semuanya dapat diatasi dengan senyuman!
Senyuman merupakan elemen penting untuk mengeratkan jalinan walaupun kita berjauhan dengan orang tersayang.
Ben merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.
Selain Ben, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ernie Zakri, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Shiha Zikir dan Chubb-E.
Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.
Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!
Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!
Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.
Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live