Laman Utama
Hadapi Masalah Pagi Tadi, YouTube Minta Maaf Kepada Penduduk Dunia
Sejumlah pengguna YouTube berhadapan masalah untuk memainkan video sejak pagi tadi.
Pengguna hanya melihat paparan ikon loading yang berpanjangan dan video yang mahu ditonton tidak boleh dimainkan.
Pihak YouTube tampil mengakui tentang masalah itu pagi tadi dan mengatakan mereka akan menyelesaikan masalah tersebut.
"Jika anda mengalami masalah untuk menonton video di YouTube, anda tidak berseorangan, kami sedar dan maklum akan tentang isu ini dan akan menyelesaikannya. Pihak kami akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," tulis kenyataan rasmi dari pihak YouTube di Twitter.
Sekitar dua jam selepas itu, pihak YouTube tampil sekali lagi untuk memohon maaf dan memaklumkan masalah berkenaan sudah diselesaikan.
"Kami kembali, kami memohon maaf untuk gangguan tersebut, ia sudah diperbaiki untuk semua peranti dan perkhidmatan YouTube, terima kasih atas kesabaran anda," tulis mereka.
Berdasarkan laporan The Verge, antara masalah lain yang dihadapi pengguna pagi tadi adalah tidak lepas mengakses YouTube Studio, YouTube TV dan YouTube Music juga dilaporkan bermasalah....And we’re back – we’re so sorry for the interruption. This is fixed across all devices & YouTube services, thanks for being patient with us ❤️ https://t.co/1s0qbxQqc6— TeamYouTube (@TeamYouTube) November 12, 2020
Difahamkan, masalah itu banyak berlaku pada pengguna di Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Jepun, sebahagian kecil Australia dan Indonesia.
YouTube yang menjana sehingga 2 bilion pengguna per bulan mendakwa setiap video mereka diakses atau ditonton lebih 1 bilion per jam.
Pada Oktober 2018, YouTube juga pernah mengalami masalah global selama 90 minit yang memberi gangguan kepada YouTube TV and YouTube Music.
Sumber : Akaun Twitter YouTube
Kredit Foto : TechCrunch
Must-Watch Video