gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Minyak Zaitun Palsu Ancam Kesihatan, Penyelidik Bongkar Fakta Mengejutkan
HIBURAN
Pemain Keyboard Ungu, Gatot Kies Meninggal Dunia
HOLLYWOOD
Pelakon Jual Sabun Daripada Air Bekas Mandian Sendiri - "Kalian Asyik Tanya, Jadi Saya Simpan"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Hadiah Buat Peminat! Hael Husaini Umum Konsert Sulung Ogos Ini - “Ia Sangat Istimewa Buat…”

gempak
Asyraf Roslan
02/06/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Hadiah Buat Peminat! Hael Husaini Umum Konsert Sulung Ogos Ini  - “Ia Sangat Istimewa Buat…”

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini meluahkan rasa syukur apabila akhirnya bakal mengadakan konsert sulungnya iaitu "Hael Husaini & Repertoire" pada 8 Ogos 2025 yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi menyifatkan konsert ini sebagai satu hadiah istimewa buat peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan sejak awal pembabitannya dalam industri muzik tanah air.
“Akhirnya, Alhamdulillah. Saya sangat berbesar hati untuk mengadakan konsert sulung saya di Zepp KL pada bulan Ogos nanti. Saya rasa ramai diantara peminat saya yang tunggu bila saya akan buat konsert jadi ini adalah untuk anda.
“Ini adalah hadiah untuk mereka yang selama ini sudah menyokong saya sepanjang saya menjadi Hael Husaini daripada zaman Jampi sehingga kini,” katanya.
Hael ditemui Gempak setelah usai konsert suku akhir Big Stage Alpha pada Ahad.
Dalam pada itu, pelantun lagu Haram ini juga menyatakan bahawa konsert ini sudah lama dirancang oleh pihak pengurusannya.
Oleh itu, Hael berjanji akan memberikan satu pengalaman terbaik buat peminat yang hadir pada malam tersebut yang akan menyelurusi perjalanannya karya-karyanya dari sejak awal bergelar anak seni.
“Konsert ini sangat istimewa buat saya sebab saya akan compile semua karya-karya saya yang telah saya lakukan dalam industri, jadi saya harap anda semua akan beri saya ruang dan peluang untuk hadir pada malam itu untuk saksi dan kongsikan bersama pengalaman yang akan saya persembahkan.
“Sebab kalau ikutkan perancangan memang sangat lama kami merancang konsert ini. Dan orang yang mengenali saya pasti tahu saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk apa sahaja yang saya lakukan. Jadi jika anda mahu rasakan pengalaman itu jangan lupa hadir,” ujarnya kepada Gempak.
View this post on Instagram
A post shared by HH (@haelhusaini)
Topic Berkaitan
#Konsert
#Hael Husaini
#Ogos
#Zepp KL
#Hael Husaini & Repertoire
Must-Watch Video