Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Hadiah Hari Jadi Ibu…”- Shuib Janggal Bawa Pulang Bayi Tanpa Siti Sarah

Syafiqah Jalal
14/09/2021 14:41 MYT
Pelawak Shuib Sepahtu berkongsi perasaannya yang berbaur apabila dapat membawa pulang anak bongsunya, Ayash Affan dari hospital selepas lebih sebulan dirawat.

Menurut Shuib ia terasa janggal kerana membawa pulang bayi yang baru dilahirkan tanpa arwah isteriya, Allahyarham Siti Sarah.

“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga tetapi hari ini pulang berdua.

“Insya-Allah, Alah SWT maha mengetahui segala-galanya. Uwais, Talita dan Martin, Daddy sudah dalam perjalanan pulang,” katanya.

Shuib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Menerusi entri tersebut, Shuib memuat naik fotonya sedang mendukung Ayash di pangkuan ketika berada di dalam kereta.

Dalam posting terdahulu, Shuib berkongsi berita kepulangan Ayash yang dianggap pengganti hadiah sempena hari lahir Siti Sarah yang jatuh pada esok.

"Syukur Ya Allah. Esok hari jadi ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Shuib juga menggambarkan tangan dan jari bayinya mengingatkan dia kepada isterinya, yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.

"Allahuakbar. Tangan, jari 'sebijik' tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Terima kasih semua. Syukur ya Allah atas rahmat-Mu," tulisnya.

Shuib bagaimanapun masih belum berkongsi foto wajah anak bongsunya itu.

Ayash selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pembedahan selepas Siti Sarah ditidurkan akibat Covid-19.

Selain Ayash, perkahwinan Shuib dan Siti Sarah juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

#Anak #Siti Sarah #Shuib #Balik #Bayi Perempuan, #Hadiahng #Pula
;