Hiburan

Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”

gempak
Asyikin Mayudin
09/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”
Pelakon Riena Diana memberitahu dia tidak menyangkakan aktor Keith Foo yang juga teman istimewanya itu menghadiahkan sebuah telefon bimbit jenama iPhone 16 Pro Max baru-baru ini.

Hadiah jadi semangat

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, berkata Keith adalah seorang yang sentiasa memberi semangat di kala dirinya berasa kurang keyakinan.

“Saya tak jangka pun dia nak bagi telefon bimbit itu, waktu itu saya tengah bekerja dia call ajak pergi makan sama-sama dan saya pun pergi ke lokasi penggambaran dia. “Lepas makan, nak balik tu dia tiba-tiba bagi hadiah sempena pencapaian saya. Dia memang selalu cakap yang dia bangga dengan saya.

“Lagipun masa saya dapat tawaran teater tu, ikutkan saya tak nak tapi dia yang beri semangat dan saya pun buat. Lepas itu saya dapat jadi hos untuk pentas pula. Jadi hadiah ini sebagai semangat untuk saya,” katanya kepada Gempak.
Riena ditemui ketika sesi temu bual bersama pelakon drama Salju Di Bumi Aukland yang diadakan di Petaling Jaya pada Rabu.

Keith bangga dengan Riena

Mahu menghargai dan memberi motivasi kepada kekasih hatinya, Keith memberitahu dia sememangnya berasa bangga dengan pencapaian Riena sepanjang tahun ini.

“Saya bagi hadiah handphone untuk kegunaan dia juga. Tapi ia lebih kepada nak hargai dia dan saya pun rasa bangga dengan pencapaian dia tahun ini.

“Sebelum ini dia takut nak berlakon teater tapi dia sahut cabaran dan dapat jadi hos ABPBH36.
“Hadiah itu juga sebagai motivasi untuk dirinya menjadi lebih baik. Jangan berhenti sini sahaja, dia boleh jadi lebih baik,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN:Keith Foo & Riena Diana Akui Ada Hubungan Istimewa - "Doakan Yang Terbaik, Saya Jumpa Kebahagian Saya. "

Sebelum ini, Riena berkongsi video memperlihatkan detik gembira dirinya menerima hadiah sebuah iPhone 16 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada 20 September lalu.
Menurut Keith, telefon tersebut diberikan kepada aktres berusia 27 tahun itu sempena pencapaiannya dalam teater dan hos sebuah rancangan anugerah berprestij yang berlangsung baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024