Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Hadiah Paling Manis, Ruzana Ibrahim Kini Hamil

Mya Amri
22/08/2022 03:15 MYT

Pelakon, Ruzana Ibrahim bakal menyambut kelahiran cahaya mata selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan.

Ruzana mendedahkan berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Hantaran itu diserta dengan foto yang merakamkan dirinya sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya (baby bump).

“Sunsets and new beginnings,” coretnya ringkas.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ruzana Ibrahim (@ruzanaibrahim)

Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai usia kehamilan atau pun jantina bayi.

Dalam pada itu, hantaran twrsebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga peminat.

Antaranya Datin Seri Tiara Jacquelina, Janna Nick, Erra Fazira, Alif Satar, Sherry Alhadad, Ummi Nazeera dan Noryn Aziz.

Untuk rekod, Ruzana Ibrahim selamat bergelar isteri kepada pasangannya, M. Fadhil Zakaria, dengan hanya sekali lafaz pada 11 Mac 2018.

#Hamil #Ruzana Ibrahim