Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hadiahkan Gelang Emas Sebagai Tanda Terima Kasih, Netizen Sebak Tengok Da'i Syed Peluk Ibu - "Allahu Anak Soleh"

Zulaikha Yusof
19/03/2021 12:30 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed, 26, membuat kejutan dengan menghadiahkan seutas gelang emas kepada ibu tercinta.

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata ibunya hanya mengetahui tentang pemberian itu selepas dia meminta untuk memilih gelang yang disukai.

Dalam keadaan terpinga-pinga, ibu Syed Iqmal hanya menuruti akan permintaan anak lelakinya itu.

Selepas menggayakan di tangan, seutas gelang telah dipilih lalu terus dibayar oleh Syed Iqmal.

"Masa ni mama tak tahu yang aku nak beli gelang emas kat dia. Bila masuk kedai aku cakap, 'mama pilih ja nak yang mana'.

"Biar betul mama tak pakai.. Aku terus bayar dan beli," katanya menerusi sebuah rakaman video di aplikasi TikTok.

Di penghujung video itu, Syed Iqmal memeluk ibunya dalam tempoh yang agak lama.

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)


Sementara itu, menerusi kapsyen yang ditulis, Syed Iqmal menyatakan ibunya adalah insan yang tidak pernah gagal berada di sisinya.

"Terima kasih mama, sentiasa ada dengan Iqmal. Ya Allah, Engkau permudahkanlah langkahku dan perjalanan ku.

"Jadikan ibu mu seperti raja maka Allah akan berikan rezeki mu seperti raja," tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut setia tersentuh hati selepas melihat video itu.

"@yatthamzah_suci: Allahu anak soleh.

"@real_abby86: Sapa potong bawang ni.

"@ftn.mysarah: Dai'a Syed anak yang baik. Semoga Dai Syed menjadi anak yang soleh. Amin. Kami akan sentiasa ada di belakang Dai Syed sekeluarga. Insya-Allah.

"@myyransr: Syurga buatmu Iqmal dan mama.

Terdahulu, nama Syed Iqmal menjadi kontroversi kerana didakwa memperdaya beberapa wanita sehingga berlakunya salah laku.

#Ibu #Da'i Syed #Gelang Emas
;