Personaliti media sosial Azfar Heri mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan tanaman pokok dan rumput karpet buat ibunya bersempena hari Ibu yang disambut pada Ahad.

Menerusi laman sosial Instagram, Azfar atau nama sebenarnya Mohammad Azfar Herisyam, 23, berkongsi momen gembira ibunya itu untuk tatapan umum.

Happy mother’s day to my beautiful mama. Mama suka pokok-pokok dah kehijauan kehijauan (biasa la faktor umur kan) so kita hadiahkan satu lori pokok siap decoration landscape special untuk mama. Love you mama, you’re amazing,” tulis Azfar di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, halaman kediaman keluarga Azfar cukup berseri dengan hiasan pokok di dalam pasu, rumput karpet, batu-batuan serta cat biru yang serba baru.

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)


Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikutnya memuji dan berasa teruja melihat hadiah Azfar sangat menggembirakan ibunya.

Mesti ambil gambar raya depan rumah!” komen seorang wargamaya.

Cantiknyaaa! Alhamdulillah bestnya mama Aspa,” kata seorang wargamaya.

Cantiknya. Teringin nak hias rumah macam ni tapi tu la belum masanya lagi,” tulis seorang wargamaya.

Lawanya rumah Aspa. Aspa aku doakan kau murah rezeki. Jaga mama dan adik-adik. Salute bro,” pesan seorang wargamaya.

Yeay next year boleh petik kurma kat rumah Aspa je,” usik seorang wargamaya.

Alhamdulillah so proud of you, happy mother’s day aunty,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tanda suka daripada pengikutnya.