Bintang Youtube, Syahmi Sazli, 26,berbesar hati menghadiahkan dua buah motosikal Y15 atau Ysuku buat rakan-rakan istimewanya iaitu Yoe Parey dan Bedol.

Perkara itu dikongsikannya pengarah filem Mael Totey The Movie itu menerusi sebuah video yang dimuat naik.

“Hadiah Y15 untuk Yoe Parey dan Bedol,” katanya.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Syahmi membeli dan menghantar sendiri motosikal tersebut ke rumah Yoe dan Bedol.

Sebaik Syahmi sampai sahaja di rumah mereka, jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua-dua insan istimewa berkenaan selepas melihat hadiah tersebut.

Entri tersebut meraih perhatian dan pujian pengikut serta netizen yang menyifatkan Syahmi seorang yang prihatin terhadap golongan istimewa.

“Alhamdulillah terbaik Syahmi. Semoga dimurahkan rezeki selalu,” komen salah seorang pengguna laman sosial itu.

“Terbaik Syahmi jaga kebajikan talent, moga murah rezeki selalu Bos,” puji salah seorang netizen.

Yoe Parey dan Bedol, merupakan pelakon utama dalam karya-karya arahannya di Youtube termasuk Mael Totey The Movie.

Pun begitu, ada netizen yang tertanya-tanya bagaimana dengan Asif yang juga salah seorang pelakon istimewa yang bekerjasama dengannya.

“Asif tak dapat hadiah ke?,” tanya salah seorang netizen.

Syahmi tidak mendiamkan diri malah menjawab persoalan tersebut.

“Asif kelengkapan rumah dan renovate. Motosikal dia baru beli dah haritu,” jawabnya.

Terdahulu, Mael Totey The Movie raih kutipan filem tertinggi di Astro First iaitu sebanyak RM6.4 juta